"Pengantin Banjir" - Terpaksa Naik Gerabak Redah Air Dari Rumah Ke Surau Untuk Nikah
Nasib baik ada gerabak.
Apabila tibanya hari perkahwinan, pastinya kita mahukan yang terbaik bukan?
Tetapi kejadian seperti bencana alam misalnya seperti banjir masih tidak dapat dielakkan.
Walaupun sudah lama tempah tarikh, tetapi kita tidak menjangka apa yang akan berlaku ketika hari perkahwinan. Namun jika bencana itu tidak menjejaskan, perkahwinan itu tetap harus dijalankan seperti biasa.
Baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang pengantin perempuan dilihat menaiki gerabak untuk ke surau bagi melangsungkan majlis akad nikahnya telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Naik gerabak untuk redah air banjir yang bertakung di depan rumah
Menerusi video yang di muat naik oleh @noramawi90, kelihatan dia menunjukkan gelagat pengantin perempuan ketika menaiki gerabak.
Difahamkan, hujan turun dengan lebat sejak dari malam sebelum hari perkahwinannya. Malah, ia menyebabkan kawasan di depan rumah banjir.
Ekoran itu, dia terpaksa menaiki gerabak untuk meredah air yang masih bertakung di depan rumahnya sehingga ke surau.
Lihat video lain itu di bawah:
"Buat kenangan ni dik. Kalau akak pun tergelak tapi dalam masa rasa seronok sebab kenangan ni sampai bila-bila" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 583.3K views, 22.7K likes dan 1,174 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji kebaikan keluarga dan orang kampung bagi membantu pengantin menyelesaikan majlis akad nikahnya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @noramawi90 (TikTok)
Image via @noramawi (TikTok)
Image via @noramawi (TikTok)
Image via @noramawi90 (TikTok)
Image via @noramawi90 (TikTok)
Image via @noramawi90 (TikTok)
Image via @noramawi (TikTok)
Image via @noramawi90 (TikTok)
Abang cameraman tu pun redah air sekali haha. Apa-apa pun tahniah diucapkan :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment