Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pengasas 99 Speedmart Kini Adalah Orang Ke-7 Paling Kaya Di Malaysia

Kejayaan luar biasa Thiam Wah menjadi bukti semangat keusahawanannya dan wawasan perniagaannya yang strategik.

Cover image via MFA 99 Speedmarrt

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengasas rangkaian runcit 99 Speedmart, Lee Thiam Wah muncul sebagai antara 10 individu terkaya Malaysia dengan nilai kekayaan RM17.6 bilion, menurut Senarai Individu Terkaya Nanyang Siang Pau 2024

Menerusi laporan, kekayaan Thiam Wah yang memegang 83 peratus kepentingan dalam 99 Speedmart melonjak selepas penyenaraian awam permulaan (IPO) syarikat itu pada tahun lalu.

Dalam hasil penyenaraian itu menjadikan Thiam Wah sebagai individu ketujuh terkaya di Malaysia.

Difahamkan, Thiam Wah kini sebaris dengan hartawan lain yang kembali tersenarai seperti Datuk Leong Kok Wah dan Tan Sri Ong Leong Huat, serta pendatang baharu Datuk Seri Tan Run Chuan.

Malah, kebanyakan hartawan itu mendapat manfaat daripada prestasi kukuh pasaran saham Bursa Malaysia pada 2024.

Prestasi luar biasa Bursa Malaysia pada tahun lalu secara langsung telah meningkatkan kekayaan ramai tokoh industri.

Image via 99 Speedmart

Berada dalam kelompok individu berpengaruh

Dalam pada itu, beliau juga berada dalam kelompok individu berpengaruh seperti pengasas dan pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah, yang menduduki tempat kelapan dalam Senarai 50 Individu Terkaya Forbes Malaysia dengan nilai kekayaan AS$2.4 bilion, serta hartawan Genting Bhd, Tan Sri Lim Kok Thay, dengan AS$2.2 bilion.

Kejayaan luar biasa Thiam Wah ini menjadi bukti semangat keusahawanannya dan wawasan perniagaannya yang strategik.

Pengasas 99 Speedmart, Lee Thiam Wah.

Image via Berita Harian

Diserang penyakit Polio ketika masih bayi

Sedikit latar belakang mengenai Thiam Wah, beliau dilahirkan pada 1957 di Klang, Selangor, Thiam Wah mengatasi pelbagai cabaran dalam hidupnya untuk membina empayar peruncitan yang berjaya.

Namun ketika bayi, Thiam Wah diserang polio menyebabkan beliau kehilangan keupayaan untuk berjalan.

Akibat daripada kekangan kewangan menyebabkannya hanya mampu menamatkan pendidikan sehingga sekolah rendah. Namun, semangat juangnya tidak pernah luntur.

Semasa usia remaja, beliau mula berniaga makanan ringan di tepi jalan untuk menyara diri, inisiatif awalnya dalam dunia keusahawanan.

Bagaimanapun, pada tahun 1987, di usia 23 tahun, Thiam Wah menggunakan hasil simpanannya daripada perniagaan kecil-kecilan untuk membuka sebuah kedai runcit bernama Pasar Raya Hiap Hoe di Klang.

Beliau menyedari potensi pada pasar mini ini dan menjenamakan semula perniagaannya pada tahun 1992 sebagai Pasar Mini 99, dengan strategi harga mampu milik, jualan volum tinggi, lokasi strategik, dan pengurusan logistik yang cekap.

Antara tahun 2000 hingga 2003, Thiam Wah memacu rancangan pengembangan agresif dengan membuka lapan cawangan di Klang.

Kedai-kedai itu kemudiannya dijenamakan semula sebagai 99 Speedmart, melambangkan pertumbuhan pesat syarikat.

Kini, 99 Speedmart telah mempunyai lebih daripada 2,600 cawangan di seluruh negara, dengan sasaran untuk mencapai 3,000 cawangan menjelang 2025.

Beliau juga merancang untuk mengembangkan operasinya ke Indonesia dan Thailand, memperkukuh kehadiran serantaunya.

Pada 9 September 2024, 99 Speedmart disenaraikan di Bursa Malaysia, menjadi IPO terbesar dalam tempoh tujuh tahun sejak penyenaraian Lotte Chemical Titan Holding Bhd pada 2017, dengan harga IPO RM1.65 sesaham.

Dalam tempoh hanya empat bulan, harga saham 99 Speedmart melonjak hampir 50 peratus, menutup 2024 pada RM2.47 berbanding harga IPO.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment