seismik

Imigresen Tahan 58 Orang Warga Asing Suka Hati Buka Medan Selera Sendiri Di Puchong

Kesemua warga asing yang ditahan berusia di antara 18 hingga 40 tahun.

Cover image via Jabatan Imigresen Malaysia (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Imigresen (Imigresen) menahan 58 warga asing di sebuah medan selera yang beroperasi di atas tanah persendirian di Pusat Bandar Puchong, Selangor, dalam satu operasi bersepadu pada Selasa

Menerusi kenyataan di Facebook, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (JIM), Datuk Zakaria Shaaban berkata, warga asing yang ditahan itu hasil pemeriksaan ke atas 102 individu termasuk warga tempatan yang berada di medan selera berkenaan.

Tambah beliau, warga asing yang ditahan terdiri daripada 31 lelaki dan 10 wanita warga Myanmar; dua lelaki dan satu wanita warga Indonesia; sembilan lelaki warga Bangladesh; empat lelaki warga India dan seorang lelaki warga Vietnam.

"Medan selera yang digempur itu dipercayai diusahakan oleh warga Myanmar dan Bangladesh yang berselindung di sebalik Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang telah tamat tempoh serta pemegang kad pelarian UNHCR," katanya.

Risikan dijalankan selama seminggu dengan 95 pegawai

Difahamkan, operasi bersepadu itu dilakukan Bahagian Penguatkuasaan Imigresen dibantu oleh pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Turut serta dalam operasi berkenaan adalah Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Menurut Zakaria, serbuan dibuat berdasarkan aduan awam dan risikan yang dijalankan selama seminggu dengan kekuatan seramai 95 pegawai.

Kesemua warga asing yang ditahan berusia di antara 18 hingga 40 tahun ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Katanya, warga asing yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Per 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

"Imigresen tidak akan berkompromi terhadap warga asing yang menjalankan perniagaan secara haram, tinggal lebih masa dan menyalah guna pas di negara ini.

"Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi pendatang tanpa izin (PATI)," katanya.

Lihat kenyataan di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: