Kelantan Jadi Negeri Pertama Buat Pertandingan Menangis - "Juara Menang RM500"
Ada yang nak join?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular sebuah video di TikTok yang mendapat perhatian selepas sebuah penganjur membuat pertandingan menangis
Difahamkan, pertandingan tersebut telah diadakan di Kelantan yang dibawakan oleh The Expo Kelantan Event baru-baru ini.
Dapat dilihat beberapa orang peserta wanita dan lelaki mula 'menangis' demi meraih gelaran juara dalam pertandingan berkenaan.
Ada juga yang berusaha dengan pelbagai cara mimik muka agar mereka berjaya mengeluarkan air mata.
Juara akan membawa pulang wang tunai RM500
Menurut pengajur, untuk pertandingan tersebut, juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.
Tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video terbabit.
Malah, ada yang meluahkan rasa terhibur mereka melihat pertandingan seperti berkenaan dan tidak dapat membayangkan jika mereka yang menyertainya.
Lihat antara komen-komen netizen di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!