seismik

"Apa Nak Jadi Malaysia" - Tular Video Warga Asing Berkampung Di TBS Cetus Perbualan Ramai

Ada yang siap baring.

Cover image via X

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini tular rakaman video warga asing berkumpul di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sehingga mengundang rasa tidak selesa orang ramai

Di dalam video berkenaan, dapat dilihat warga asing duduk serta baring di kawasan berumput di sekitar pekarangan TBS.

Dalam pada itu, lapor Sinar Harian, Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, pihaknya memandang serius isu melibatkan warga asing yang tidak memiliki dokumen dan sebagainya.

"Masyarakat disarankan menyalurkan aduan kepada kita untuk tindakan. Jabatan Imigresen tidak kompromi sebarang perkara melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya

Image via X

Ramai luah rasa bimbang lepas lihat video

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang meluahkan rasa bimbang mereka selepas melihat video tersebut.

Malah, ada yang berpendapat ia telah menjejaskan imej Malaysia selain menggesa tindakan tegas diambil pihak berkuasa.

Lihat antara komen-komen netizen di bawah:

Image via X
Image via X
Image via X
Image via X
Image via X

Lihat video itu di bawah:

Harap pihak berkuasa ambil tindakan mengenai isu ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: