seismik

Niat Baik Nak Bagi Makanan, Sekali Tak Sangka Dimarahi Gelandangan - "Turn Off Terus"

Rugi dia tak ambil, sedap pula tu.

Cover image via @4p3k__ (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bersedekah adalah amalan yang perlu diikuti oleh setiap orang

Secara mudahnya, ia boleh didefinisikan sebagai pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. sama ada pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, sanak-saudara, mahupun untuk kepentingan fi sabilillah.

Malah, banyak sebenarnya pahala yang kita boleh perolehi jika kita bersedekah. 

Orang yang menerimanya pula pasti senang hati dengan pemberian kita. Namun, lain pula yang terjadi dengan seorang lelaki apabila dia sebaliknya dimarahi ketika ingin bersedekah.

Kena halau masa nak sedekah makanan pada gelandangan

Menerusi video di akaun TikTok @4p3k__, kelihatan pada awalnya lelaki berkenaan sedang berada di tepi jalan kaki lima untuk memberikan sedekah makanan.

Dia kemudian terjumpa seorang gelandangan dan menghulurkan makanan padanya, namun individu itu menolak dan menjerit supaya dia beredar dari situ.

Perkara berkenaan membuatkan dia terus beredar kerana tidak mahu keadaan menjadi lebih rumit.

"Alangkah dia tahu nasi arab ni aku beli RM40 mesti die jual balik, mungkin dia fikir aku bagi nasi bujang kot,"
tulisnya.

Lihat video di bawah:

@4p3k__ Alangkah die tahu nasi arab ni aku beli RM40 mesti die jual balik mungkin die pikir aku bgi nasi bujang kot #ApekSeller #fyp #PejuangRinggit #lawak2025 suara asli - didotcreatorstudio - dcreatorstudio

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: