Pemain Badminton Indonesia Terkejut Lihat Keadaan Medal Indonesia Master 2025 Lepas Sehari
Alamak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perlawanan badminton, Indonesia Masters 2025 baru sahaja melabuhkan tirainya
Ia menyaksikan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mencipta kejutan apabila menewaskan pasangan pilihan tuan rumah yang juga beregu nombor empat dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto untuk merangkul gelaran juara.
Wei Chong-Kai Wun membawa pulang AS$37,525 (RM164,284), manakala Fajar-Rian yang merupakan pilihan pertama kejohanan meraih AS$18,050 (RM79,022).
Namun, kekecewaan terus belenggu buat peminat Indonesia apabila pemain perseorangan lelaki mereka iaitu Jonatan Christie tewas 1-2 kepada pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn dalam acara perseorangan lelaki.
Jonatan Christie kongsi keadaan pingat diterima mulai rosak
Baru-baru ini tular apabila pemain perseorangan lelaki Indonesia, Jonatan Christie berkongsi keadaan pingat kemenangan yang diterimanya.
Menerusi hantaran melalui Instagram Story di akaun miliknya, Jonatan mempersoalkan kualiti pingat yang baru sahaja diterima.
Dia juga berkongsi satu lagi pingat yang diterima dan lega kerana ia masih lagi elok dan cantik.
Lihat posting di bawah:
Sehingga artikel ini ditulis, tiada lagi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak penganjur mengenai isu ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!