seismik

Anak Terpaksa Dibedah Lepas Alami Pendarahan Teruk Berkhatan Di Masjid Beramai-Ramai

Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan bercadang untuk mengambil tindakan terhadap pihak bertanggungjawab.

Cover image via Alo Dokter (Gambar sekadar hiasan) & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) pembelajaran terpaksa dibedah selepas alami pendarahan teruk ketika berkhatan di masjid

Menerusi laporan Harian Metro, bapanya Ahmad Mudzakkir Ahmad Mukri, berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu bagaimanapun selamat menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) semalam.

Difahamkan,anaknya telah menyertai program berkhatan masjid itu dengan bayaran RM50 seorang dan gilirannya pada sebelah petang iaitu ke-48 daripada 50 peserta.

"Prosedur dilakukan oleh doktor tetapi waris tidak dibenarkan masuk melihat. Selepas selesai, doktor minta saya bawa pulang anak.

"Namun, tidak lama selepas itu, bahagian luka pada alat sulit anak mengalami pendarahan dan saya segera maklumkan kepada doktor terbabit serta diminta bawa ke klinik di sini," katanya.

Image via Harian Metro

Klinik tak mampu hentikan pendarahan anak, terpaksa dihantar ke bahagian kecemasan

Mengulas lebih lanjut, Ahmad Mudzakkir berkata, doktor di klinik yang dikunjungi kemudian membuka jahitan dan menjahit semula tetapi masih berlaku pendarahan, sebelum diminta membawa anak ke sebuah lagi klinik di Jitra.

"Pada waktu itu, darah terus mengalir dan saya bimbang melihat keadaan anak semakin lemah. Saya tetap ke klinik di Jitra itu kerana doktor maklum ada mesin untuk berhentikan darah," dakwanya.

Lelaki itu mendakwa, doktor klinik kedua bagaimanapun tidak mampu menghentikan pendarahan menyebabkan anaknya dihantar ke bahagian kecemasan HSB.

"Alhamdulillah keadaan anak nampak baik dan masih dirawat di wad HSB, namun saya belum dimaklumkan lagi punca anak mengalami pendarahan yang teruk itu.

"Saya terkilan kerana anak terpaksa menahan kesakitan apabila luka pada alat sulitnya perlu dijahit dan dibuka berulang kali, malah masih terngiang-ngiang suaranya meraung," katanya.

Berikutan itu, dia sudah pun membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan bercadang untuk mengambil tindakan terhadap pihak bertanggungjawab.

Menurutnya, ia demi masa depan anak dan sebagai peringatan supaya kes sama tidak berulang terhadap orang lain.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: