Tular Lelaki Tampar Isteri Dalam 'LIVE', Polis Cari Suspek Untuk Siasatan Lanjut
Kejadian dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di sekitar Kota Warisan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini tular sebuah video media soasial memaparkan seorang lelaki menampar isterinya di tempat awam yang dipercayai berlaku di sebuah sekitar Kota Warisan, Sepang
Tindakannya itu tanpa sengaja dirakam oleh pemilik video tersebut ketika pemilik video berkenaan sedang live di media sosial lalu terperanjat dengan apa yang berlaku di depan matanya.
Pada awalnya, ia memaparkan seorang wanita berjalan keluar dari pusat beli-belah terbabit sambil memegang plastik di tangan kirinya.
Setibanya di pintu keluar premis terbabit, wanita itu tiba-tiba berhenti sejurus melihat kehadiran suspek yang bertopi dan berjalan ke arahnya, sambil memegang tangan seorang kanak-kanak.
Namun, secara tiba-tiba, lelaki berkenaan menampar wajah wanita itu di khalayak ramai sambil mengatakan sesuatu ke arah mangsa, lalu tanpa banyak soal wanita itu dilihat keluar dari premis terbabit.
Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan daripada adik kepada wanita yang ditampar di dalam video berkenaan.
"Pengadu adalah adik kepada mangsa yang mengesahkan bahawa mangsa yang dipukul adalah kakak kandungnya berusia 35 tahun.
"Manakala, lelaki yang memukul mangsa adalah seorang lelaki tempatan berusia 50-an yang juga suami kepada wanita itu," katanya
Polis kini sedang giat mengesan suspek
Difahamkan polis kini sedang dalam proses merakam keterangan saksi berkenaan kejadian itu dan pada masa sama giat mengesan keberadaan suspek dan mangsa.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
"Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mahafiz Mat Lawi di talian 010-2396533," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!