seismik

"Rapid KL x Mechamato" - Semua Excited Tangkap Robot Jahat Siap Dalam Claim Free Toys

Boleh bawa anak-anak korang.

Cover image via @raanaafia (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini Rapid KL melancarkan tren dan bas bertemakan ikon animasi tempatan 'Mechamato' yang berkolaborasi bersama Monsta Studios bertujuan menarik minat generasi muda

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail Sdn Bhd, Nor Azmi Mohd Yusof, berkata inisiatif berkenaan bukan sahaja mampu menarik perhatian generasi muda tetapi turut memupuk kesedaran awal tentang pentingnya penggunaan pengangkutan awam.

Tambahnya, mereka berharap pelancaran tren dan bas Mechamato ini akan menggalakkan generasi muda serta keluarga menggunakan pengangkutan awam sambil menikmati pengalaman menyeronokkan khususnya kanak-kanak.

Difahamkan, sebanyak tiga tren dan tiga bas Rapid KL juga dihiasi dengan reka bentuk bertemakan Mechamato.

Orang awam kongsi anak-anak teruja naik 'Rapid KL x Mechamato'

Menerusi perkongsian video di TikTok @raanaafia, kelihatan seorang individu berkongsi aktiviti cuti sekolah anak-anaknya dengan membawa mereka menaiki pengangkutan awam Rapid KL X Mechamato.

Malah, dapat dilihat kanak-kanak itu begitu aktif meneroka dan mengumpul cop dalam pengembaraan itu.

Tambahnya, mereka menyelesaikan misi tersebut selama lebih kurang empat jam dengan hanya membeli pas harian tanpa limit RM6.

"Dinasihatkan bawa air, pakai baju dan kasut yang selesa sebab banyak berjalan. Ade sesetengah tempat kena tukar train, so kena bejalan sikit," tulisnya.

@raanaafia Excited semua dapat naik train then catch robot2 jahat, RapidKL X Mechamato. Pastu dapat redeem toys train lagi. Belum terlambat untuk join sebab tamat 31 May 2025 Aufa tu pakai bateri ape tah, energy dia tak habis2 punya seronok dapat main cop2 smbil naik train Kiteorang selesai misi nie selama 4jam setengah include makan dekat KL Sentral. Just beli passport RM6 unlimited ride, then dah boleh join. Dinasihatkan bawak air, pakai baju dan kasut yg selesa sebab banyak berjalan. Ade sesetengah tempat kena tukar train, so kena bejalan sikit. Kumpul minimum 12 stamps daripada 15 stations. Untuk collect passport and gift dia ada sesetengah station je - LRT Ampang - LRT Sri Petaling - LRT Kelana Jaya - LRT Ampang Park - Monorail KL Sentral (Level 1) - Monorail Titiwangsa Nanti just follow je maps yg ada dalam passport tu untuk stations2 perlu berhenti collect stamp #RapidKL #Mechamato #RapidKLxMechamato #MyCityPass #UnlimitedRides @Rapid KL Armored Hero Mechamato (Malay OP Theme Song) - Shah Modescape

Difahamkan, anda perlu mengumpul minimum 12 cop daripada 15 stesen. Untuk membolehkan anda mengaambil 'pasport' dan penebusan hadiah.

LRT Laluan Kelana Jaya

  • Kelana Jaya
  • Taman Jaya
  • Bangsar
  • Kampung Baru
  • Ampang Park

LRT Laluan Ampang

  • Ampang
  • Maluri
  • Chan Sow Lin
  • Bukit Jalil
  • Sri Petaling

Laluan Monorel

  • KL Sentral
  • Hang Tuah
  • Bukit Bintang
  • Bukit Nanas
  • Titiwangsa

Lihat video penerangan di bawah:

@boboiboy Cara-cara join kempen Ride & Catch! 7 January - 31 May 2025 #RapidKLxMechamato #RobotHunt #Mechamato original sound - MONSTA
@boboiboy Boleh tebus hadiah #MECHATRAIN di stesen-stesen terpilih: LRT Ampang LRT Sri Petaling LRT Kelana Jaya LRT Ampang Park Monorail Titiwangsa #RapidKLxMechamato #RobotHunt #Mechamato original sound - MONSTA

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: