"Lawak Sengal? Syok Sendiri?" - Naz Rahman Respon Disoal Jadi Hos AJL39 Dengan Sissy Imann
Bila gandingan lama dan baru bergabung, pasti meriah!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengacara, Naz Rahman dan Penyanyi Sissy Imann telah diberikan kepercayaan bagi mengendalikan Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) kali ini
Gandingan mereka dijangka membawa kemeriahan dan energi yang luar biasa, memastikan setiap detik acara ini menghiburkan para penonton.
Namun, baru-baru ini pengumuman itu mendapat perhatian ramai selepas ramai yang mempersoalkan dan mengkritik gandingan mereka pada malam anugerah berprestij tersebut.
Perkara ini turut mendapat perhatian Naz Rahman sendiri yang mengulas mengenai isu berkenaan.
Harap penonton beri kepercayaan padanya dan Sissy Imann untuk melakukan yang terbaik
Dalam satu hantaran di laman X, Naz Rahman dilihat meluahkan rasa syukurnya kerana masih diberi kepercayaan dari pihak televisyen untuk mengendalikan anugerah tersebut.
Meskipun ramai yang mempersoalkan kebolehannya dan Sissy Imann dalam anugerah tersebut. Naz dilihat memberikan respon yang tenang dan berharap peminat dapat memberi peluang kepadanya dan bakat baharu seperti Sissy untuk memeriahkan lagi industri hiburan tanah air.
"AJL 39. First time saya terima tugasan, dengan hati gembira dan berat at the same time.
As a career host, saya tahu saya tidak dinilai dengan matawang ‘glamour’. Pengacaraan is my first love, dan kredibiliti adalah segalanya," tulisnya.
Mahu tolak pada awalnya, tapi yakin dengan kepercayaan yang diberikan pihak televisyen
Menurut Naz, dia pada awalnya mahu menolak 'lamaran' kerja berkenaan, namun di atas penjelasan dan mandat yang diberikan pihak televisyen untuk mengemudi AJL, membuatkan dia setuju dengan rasional pihak produksi.
"Syukur sangat dgn peminat yang faham dan percaya akan kebolehan saya.
Saya setuju dengan rasional pihak produksi to create the future, we must learn from the past.
25 tahun saya berkhidmat, saya faham, berat lagi bahu memikul, bila kita imbas kembali ekspektasi penonton kita," katanya.
Tambahnya, gandingan senior dan skuad pelapis, memerlukan kreativiti dan keberanian.
"Janji kami, adalah untuk memberikan yang terbaik, demi menjulang karya-karya pemuzik kita.
"Lawak sengal? Syok sendiri?
Atau kali ini, kita benar2 menjulang karya agung dan raikan keberanian darah baru?
"Harapan kami, semoga kami berdua diberi kepercayaan, kekuatan dan sokongan, untuk berdiri diatas kaki sendiri," katanya.
Pada tahun ini, AJL39 membawa tema, Nada Rasa yang mengangkat kekuatan muzik dalam menyampaikan emosi dan mesej yang mendalam melalui pelbagai jenis instrumen.
Dengan tema ini, AJL39 bertujuan untuk menonjolkan bagaimana setiap nada dan getaran muzik mampu menyentuh hati pendengar, sekaligus mencipta pengalaman yang penuh dengan perasaan.
Tema ini juga memberi ruang kepada setiap finalis untuk mempersembahkan karya mereka dengan cara yang lebih puitis dan beremosi, mencerminkan keunikan dan kekuatan muzik masing-masing.
Tiket untuk AJL39 telah pun mula dijual bermula 18 Januari 2025 dan boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web rasmi www.wowtix.com.my
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!