Dua Individu Direman 3 Hari, Curi 14 Bungkusan Nescafe & 1 Kilogram MILO Di 99 Speedmart
Mereka dipercayai mencuri Nescafe dan Milo milik 99 Speedmart, Hulu Bernam.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dua orang individu direman tiga hari selepas dipercayai mencuri Nescafe dan MILO milik 99 Speedmart di Hulu Bernam
Menerusi kenyataan di Facebook, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, laporan mengenai kejadian telah dibuat oleh pengurus kedai tersebut pada pukul 5.20 petang, Isnin.
"Siasatan mendapati dua lelaki cuba melarikan barangan tanpa membuat bayaran di kaunter.
"Suspek telah berjaya ditahan oleh pekerja kedai bersama 14 bungkusan Nescafe seberat 300 gram dan 12 MILO seberat 1 kilogram bernilai RM631.48," katanya.
Tambahnya, suspek berusia yang 30-an itu telah diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.
Suspek mempunyai rekod jenayah lampau
Semakan mendapati kedua-kedua suspek sebelum ini mempunyai rekod jenayah dan juga mebabitkan dadah.
"Kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah membabitkan jenayah dan dadah.
"Kedua-dua suspek akan dituduh pada 23 Januari 2025 di bawah seksyen 380 kanun keseksaan. Jika disabitkan kesalahan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun atau denda dan bagi kesalahan kedua boleh dihukum penjara serta dikenakan denda atau sebat," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!