seismik

Anak Alami Gatal-Gatal, Bapa Tak Sangka Rupanya Anak Alergik Pada Kuda

Admin pun baru pertama kali dengar.

Cover image via X & Kapan lagi (Gambar Sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi individu yang menghidap masalah alahan pada kulit, akan timbul reaksi alergi pada kulit jika ia tersentuh atau terkena sebarang alergen

Malah, alahan bagi setiap orang juga berbeza-beza mengikut pada tahap individu itu sendiri.

Walaupun ia mungkin dilihat hanya masalah kecil, tetapi jika kerap berlaku mungkin membawa kesan negatif kepada kualiti kehidupan seseorang, menyukarkan mereka menjalankan tugas harian yang biasa.

Lain pula dengan perkongsian di laman X ini selepas seorang lelaki baru mengetahui alahan 'pelik' yang dihadapi oleh anaknya.

Pertama kali dengar, tak sangka anak ada alahan pada kuda

Menerusi perkongsian di laman X, seorang lelaki memberitahu pada anak telah mengalami kegatalan seperti alahan dan alergi.

Oleh kerana risau dengan keadaannya, dia membawa anaknya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Selepas mengetahui punca-puncanya, dia dan isteri cuba mengelakkan anaknya daripada mendapat alahan tersebut.

"Tapi apa pun alhamdulillah bila tahu anak kami ni alah dengan apa boleh lah kami fokus elakkan punca-punca ni.

"Sesiapa yang ada bajet lebih sikit boleh lah buat test alergik ni. Yang kami buat ni RM599,"
tulisnya.

Menurutnya, keputusan akan dapat dalam masa dua minggu, selepas dua hingga tiga hari.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Liputan 6

Lihat perkongsian di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: