Kereta Mustang Rosak Sebab Orang Lain, Man Raja Lawak Redha Terpaksa Tunggu 2 Bulan Repair
Mungkin ada hikmah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kegembiraan tidak bertahan lama selepas kereta Ford Mustang, Man Raja Lawak rosak selepas sekali pakai
Juara Maharaja Lawak Mega 2019 itu menerusi laman Instagramnya berkata dia berasa teruja dan gembira selepas dapat memiliki kereta terbabit.
Namun, takdir berkata lain apabila kereta baru diambilnya itu rosak walaupun baru sekali memandu.
Menurutnya, kereta itu telah mengalami kerosakan enjin yang berpunca daripada orang lain. Malah, dia juga berkongsi sempat membawa ahli keluarganya menaiki kereta itu sebelum ia rosak.
"Rezeki pembuka taun 2025 dah rasa happy sangat-sangat dapat beli Mustang, tapi yang sedih abang sempat bawa 1 kali je pergi Melaka dengan family pastu enjin problem di sebabkan orang lain," katanya.
Terpaksa menunggu selama dua bulan untuk kereta siap
Dalam pada itu, dia turut memberitahu akibat daripada kerosakan tersebut dia terpaksa menunggu lama yang dijangka mengambil masa selama dua bulan.
Walaubagaimanapun, dia redha dengan ujian yang menimpa dirinya dan berdoa agar diberikan kekuatan menjalaninya.
"Sekarang abang terpaksa kena tunggu 2 bulan baru merasa balik nak bawa, air liur dah meleleh ni sabar jer la redha dan doakan abang kuat + tabah untuk jalan terus," ujarnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!