Pempengaruh Kongsi Matanya Hampir Buta Disebabkan Stres - "Boleh Dibedah Jika Tidak Baik"
Semoga cepat sembuh.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum sedia maklum, mengekalkan kesihatan yang baik amat perlu untuk setiap individu
Terutama sekali bagi mereka yang sedang bekerja kerana pasti akan berlaku pelbagai masalah sehinggalah menyebabkan stres.
Tidak dinafikan, stres bukan sahaja datang daripada kerja tetapi dari pelbagai faktor dan sekeliling. Namun, kita harus pandai mengawalnya dan jangan sampai mengabaikan kesihatan.
Seperti video di TikTok ini apabila seorang pempengaruh di media sosial berkongsi pengalaman 'ngeri' selepas mendapat tahu dia hampir buta.
Sedar mata kelihatan kabur, rupa-rupanya punca hampir jadi buta
Menerusi video di TikTok @yes_iman, lelaki yang dikenali sebagai Iman itu berkongsi pengalaman yang tidak dijangka dalam hidupnya.
Menurut Iman, ia mula terjadi apabila dia semasa itu sedang melakukan kerja di dalam studio, namun dia menyedari seperti nampak ada lekuk pada bahagian dinding dan cuba merasainya, tetapi ia kelihatan biasa sahaja.
Perkara yang sama berlaku pada keesokkan harinya dan kali ini dia melihat seperti ada bulatan besar di tengah matanya dan menyangka mungkin power cermin matanya naik dan dia segera ke kedai cermin mata berdekatan untuk mengetahui.
Namun, selepas diperiksa, dia diberitahu ada masalah yang tidak kena pada matanya dan memintanya untuk rujuk kepada hospital.
Selepas membuat rawatan mata penuh di sana, barulah dia tahu yang rupa-rupanya mata di sebelah kirinya didapati bengkak dan seperti ada gelembung padanya. Doktor memberitahu ia adalah penyakit Central Serous Chorioretinopathy.
Tambah Iman, doktor memberitahu punca matanya jadi begini adalah disebabkan stres yang tinggi. Malah, jika dia masih mengalami masalah yang sama dalam masa dua bulan, kemungkinan dia perlu menjalani pembedahan mata ataupun laser.
Iman juga memesan agar orang di luar sana sentiasa menjaga kesihatan dan cuba berehat jika anda mengalami stres untuk menjaga badan anda.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!