Individu Hadiahkan Telefon Baru Kepada Lelaki OKU Lepas Telefonnya Dicuri Pelanggan
Rezeki dapat telefon baru dari insan yang baik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang lelaki mencuri telefon bimbit pembantu kedai runcit orang kurang upaya (OKU)
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki melarikan telefon bimbit milik pekerja kedai OKU yang diletakkan di kaunter kedai runcit tempatnya bekerja.
Bagaimanapun, tindakan lelaki itu segera mendapat pembalasan apabila dia ditahan polis.
Dalam satu laporan, Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd Sofian Redzuan berkata suspek berusia 29 tahun ditahan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang dan IPD Kuala Terengganu di sebuah rumah di Kuala Terengganu jam 6.15 petang hasil maklumat dan siasatan dijalankan.
Individu hadiahkan telefon baru pada lelaki OKU secara percuma
Selepas video itu tular di media sosial, seorang lelaki dari akaun TikTok @peweronline kemudiannya telah berjumpa dengan lelaki OKU berkenaan dan menghadiahkannya sebuah telefon bimbit.
Malah, dia mendapat bantuan maklumat mencari maklumat lelaki OKU berkenaan untuk memberikan sumbangan tersebut.
Difahamkan, lelaki OKU terbabit memberitahu individu berkenaan bahawa dia terpaksa meminjam telefon kakaknya selepas kejadian itu.
Dia yang bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai runcit turut dilihat tersenyum gembira dengan pemberian tersebut.
"Kerja baik-baik, jangan sedih. Ini ambil telefon baru, ya. Teruskan dan kerja macam biasa," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!