Kakitangan Awam Di Indonesia Kini Boleh Pilih Kerja 4 Hari Seminggu
Jika syarat bekerja selama 40 jam gagal dipenuhi, pekerja terpaksa bekerja lima hari seminggu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Badan Usaha Milik Negara Republik Indonesia secara rasmi melancarkan inisiatif bekerja empat hari seminggu kepada kakitangan kerajaan yang berminat
Menerusi laporan, inisiatif itu dilancarkan berikutan kejayaan projek perintis yang bermula pada Jun tahun lalu.
Inisiatif tersebut dikenali sebagai Jadual Kerja Mampat itu merupakan program sukarela bagi membolehkan kakitangan kerajaan terpilih yang memenuhi keperluan bertugas selama 40 jam, bekerja hanya empat hari dalam seminggu.
Pekerja terpaksa bekerja lima hari seminggu jika gagal bekerja 40 jam
Semasa program perintis itu dilaksanakan pada Jun 2024, pekerja yang mengambil bahagian mampu bertugas 40 jam seminggu sebanyak dua kali dalam tempoh sebulan.
Timbalan Menteri Pengurusan Sumber Manusia, Teknologi dan Maklumat, Tedi Bharata berkata jika seseorang bekerja selama 40 jam dalam seminggu, mereka boleh memilih untuk bekerja empat hari pada minggu sama.
"Ia memerlukan kelulusan jika ada pekerja yang mahu mengikutinya," katanya.
Bagaimanapun, jika syarat bekerja selama 40 jam gagal dipenuhi, pekerja terpaksa bekerja lima hari seminggu.
Tambah Tedi, ketika ini ini hanya pekerja Kementerian Badan Usaha Milik Negara yang diterajui Menterinya, Thohir, yang dibenarkan bekerja selama empat hari seminggu.
Menurutnya, inisiatif minggu kerja empat hari masih dalam proses penilaian keberkesanannya sebelum ia berpotensi diperluaskan kepada syarikat di bawah bidang kuasa Kementerian Badan Usaha Milik Negara.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!