seismik

Operasi Taman Tema Baharu Sky City Dihentikan Serta-Merta Atas Isu Keselamatan

Langkah-langkah sewajarnya telah diambil bagi menjamin keselamatan serta keselesaan pelancong.

Cover image via @icitymalaysia (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan pemantauan berterusan ke atas taman tema baharu Sky City di mana operasinya sudah diarah dihentikan berkuatkuasa Jumaat lalu

Sebelum ini tular seorang pengunjung cedera selepas sebuah pelampung permainan gelongsor air kaca di taman tema itu dipercayai terjatuh dan menimpa mangsa.

Difahamkan, mangsa, seorang wanita tempatan berumur 20-an yang cedera telah menerima rawatan di sebuah poliklinik di Seksyen 16.

Menteri Besar Selangor panggil semula pihak pengurusan taman tema, arahkan tutup serta merta

Dalam kenyataan di Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam, penutupan itu dilakukan selepas pengurusan MBSA bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melawat lokasi kejadian.

"Untuk makluman, penutupan sudah dilakukan selepas lawatan turun padang oleh pengurusan tertinggi MBSA diketuai oleh Pemangku Timbalan Datuk Bandar MBSA, Madiyan Baweh; Ahli Majlis MBSA, Maizan Abdul Majid, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 31 Januari lalu jam 5.30 petang.

"Pihak i-City sudah diminta untuk menghentikan pengoperasian Sky City secara serta merta dan pemantauan secara berterusan dilakukan oleh pihak MBSA," katanya.

Sementara itu, Tourism Selangor dalam satu kenyataan juga memaklumkan akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengukuhkan usaha pemantauan dan memastikan semua tapak pelancongan mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.

"Keselamatan pengunjung kekal menjadi keutamaan dalam industri pelancongan Selangor. Pihak Tourism Selangor mengambil maklum tentang kejadian yang telah terjadi di Taman Tema SkyCity dan akan memastikan langkah-langkah sewajarnya diambil bagi menjamin keselamatan serta keselesaan para pelancong.

"Kerajaan Negeri Selangor menyokong penuh dan menyerahkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan dan memastikan operator produk pelancongan di Negeri Selangor mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Pihak SkyCity juga disarankan untuk mengambil langkah penambahbaikan serta memperketat protokol keselamatan sebelum dibenarkan beroperasi semula.

"Yang Amat Berhormat Dato’ Seri  Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor menegaskan bahawa pihak kerajaan Negeri Selangor akan memanggil semula pihak pengurusan taman tema tersebut dan operasinya akan dihentikan serta merta, sehingga operator terbabit dapat memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

"Pihak Kerajaan Negeri Selangor juga akan mengambil kira aspek keselamatan yang perlu dipatuhi oleh operator taman- taman tema di Negeri Selangor," katanya.

Sky City akan berusaha kembalikan operasi mereka dalam masa terdekat

Pihak Sky City dalam satu kenyataan rasminya memberitahu akan menyokong kempen Melawat Selangor 2025 dan Melawat Malaysia 2026 sepenuhnya serta sedang berusaha untuk beroperasi semula secepat mungkin.

"Para tetamu dan pengunjung yang telah membeli tiket boleh menukar tiket mereka untuk menikmati tarikan lain di i-City atau meminta pulangan wang penuh mengikut kesesuaian dengan menghubungi 03-5521 8800.

"Kami kekal komited dalam menyokong Visit Selangor 2025 dan Visit Malaysia 2026 serta mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelancongan utama,
" katanya.

Image via i-City

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: