Lelaki Tampar Isteri Dalam Live Rupanya Bengang Dengan Isteri Lambat Keluar Beli Nasi Ayam
Lelaki itu telah ditahan di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan baru-baru ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebelum ini tular selepas seorang lelaki dilihat menampar seorang perempuan ketika terakam dalam sebuah video live
Menerusi laporan Harian Metro, punca berlakunya kejadian tersebut kerana suspek berang dengan wanita yang dipercayai isterinya lambat keluar untuk membeli makanan.
Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa yang juga isteri suspek lambat keluar daripada pusat beli-belah terbabit selepas membeli nasi ayam.
Suspek direman tiga hari bantu siasatan
Menurutnya, pihaknya menerima laporan daripada adik kepada wanita yang ditampar dalam video berkenaan.
Difahamkan, suspek sebelum ini dipercayai tidur dalam keretanya sepanjang tempoh dia menghilangkan diri.
"Suspek yang berusia 50-an itu kini direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!