Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Pengasuh Kejam! Netizen Luah Kesal Tonton Video Bayi Kena Dera Di Penang

Apa salah bayi tu?

Cover image via Twitter @Alainaib

Salah satu yang menjadi kerisauan ibu bapa bila menghantar anak-anak ke rumah pengasuh adalah sama ada kebajikan anak mereka terjaga

Mana taknya, sering kali kedengaran berita pengasuh mendera anak di bawah jagaan mereka hingga ada yang membawa kepada kematian. Siapa tak paranoid?

Sebab itu juga, ramai juga ibu bapa yang cerewet dan berhati-hati tatkala menghantar anak mereka ke rumah pengasuh. Pun begitu, kalau nasib tak baik tetap juga 'terkena'.

gambar sekadar hiasan.

Image via Very Well Family

Terbaru, dua buah video pendek tular di laman Twitter menunjukkan seorang pengasuh mendera bayi di bawah jagaannya

Dalam video berdurasi 3 dan 6 saat tersebut menunjukkan bagaimana seorang pengasuh bertindak kasar terhadap seorang bayi. 

Dalam pada itu, video yang dikongsi oleh pengguna Twitter, Alainaib setakat ini sudah mendapat lebih 2,000 ulang kicau dan hampir 600 tanda suka.

Difahamkan, kejadian tersebut sudah lama berlaku namun baru ditularkan kerana pelakunya masih lagi bebas

"Tempat kejadian berlaku di Pulau Pinang. Video dah lama rekod tapi baru tular. Takut dengan pengasuh ni punya pasal.

"Harap tular sampai pihak tertentu ambil tindakan yang sepatutnya sebab perbuatan dia ni dah lama sebenarnya cuma tidak diketahui. 

"Aku tengah pujuk orang yang minta tolong aku muat naik kat Twitter untuk butiran lain contohnya laporan polis, atau gambar pengasuh. 

"Tapi satu famili takut tak berani tapi nak orang itu ditangkap. Jadi aku hanya mampu tolong kongsi video je setakat ini. Tengok video pun jelas bayi tu kena dera jadi memang bukan fitnah," tulisnya. 

Image via Twitter @Alainaib

Susulan itu, ramai yang marah melihat video tersebut malah ada juga yang berkongsi kisah sama berkaitan dengan pengasuh

Image via Twitter @Alainaib

Image via Twitter @Alainaib

Sememangnya tugas menjaga budak ini bukannya mudah. Kalau tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, dinasihatkan tak perlulah buat ‘kerja’ macam ini

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sudah banyak kes kanak-kanak didera di rumah pengasuh:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment