Pengurus HR Dipenjara Songlap Gaji Selepas Buat Penipuan Ambil 22 Pekerja Yang Tidak Wujud
Individu terbabit telah "mengambil" kakitangan baharu, menyediakan beberapa akaun bank, dan menghubungkan mereka dengan pembayaran gaji.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pengurus sumber manusia sebuah syarikat teknologi dikenakan hukuman penjara selepas terbabit dalam penipuan jutaan dolar dengan mengambil gaji puluhan pekerja yang tidak wujud
Menerusi laporan Harian Metro, pengurus tersebut yang dikenali sebagai Yang, disyaki membuat penipuan selepas salah seorang staf di bahagian kewangan syarikat di Shanghai berkenaan menemui sesuatu yang pelik.
Staf berkenaan telah menemukan sebuah nama, Xiao Sun yang diletakkan sebagai salah seorang kakitangan memeliki rekod kehadiran sempurna tetapi tidak diketahui identitinya.
Siasatan lanjut akhirnya membongkar penipuan yang dilakukan Yang selepas tiada siapa yang pernah nampak individu bernama Xiao Sun secara peribadi atau mengetahui apa-apa mengenainya.
Mengambil kesempatan ke atas kelemahan sistem pengambilan dan peletakan jawatan yang sepenuhnya bergantung kepada pengurus terbabit
Bertanggungjawab ke atas penyelarasan dan pengurusan kakitangan yang dihantar ke pelbagai jabatan, Yang telah mengambil kesempatan ke atas kelemahan sistem pengambilan dan peletakan jawatan kakitangan yang sepenuhnya bergantung pada kelulusannya serta mengetahui siapa yang menyemak pembayaran gaji.
Selama lapan tahun, Yang telah mengupah seramai 22 kakitangan yang tidak wujud serta mengambil gaji bulanan mereka dan hasil siasatan mendapati dia telah mencuri kira-kira RM9.8 juta.
Yang berjaya membayar balik RM672,032 ditambah dengan RM733,285 bantuan keluarganya tetapi masih tidak mencukupi berbanding jumlah yang ditipu sejak lapan tahun lalu.
Berikutan kesalahan itu, Yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dua bulan, kehilangan hak politik selama satu tahun dan didenda kerana penyelewengan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment