Peniaga Dedah Hampir Kena Tipu Dengan Customer, Buat Cerita Konon Dapat Barang Tak Cukup
Nasib baik tak sempat refund duit.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang penjual tudung berkongsi kejadian yang berlaku kepada dirinya hampir ditipu oleh pelanggan
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @syzleenanisa di laman X, kelihatan wanita berkenaan mendapat mesej daripada pelanggannya yang mengatakan dia tidak menerima item yang cukup selepas ia dipos.
Menurutnya, pelanggan tersebut menghantar mesej memberitahu tudung yang dibelinya diterima hanya sehelai, sedangkan dia membeli tiga helai.
Image via @syzleenanisa (X)
Hampir tertipu dengan helah customer tapi tak berjaya
Walau bagaimanapun, wanita itu yakin dia telah membungkus ketiga-tiga helai tudung dalam parcel yang sama dan tidak hanya menghantar sehelai saja seperti yang didakwa.
Bukan itu saja, dia meminta pelanggan berkenaan menghantar bukti dia unboxing bungkusan tersebut untuk memastikan sama ada betul atau tidak item yang diterima hanya satu.
Namun, pelanggan tersebut hanya senyap selepas menyedari taktik helahnya tidak berjaya. Penjual itu juga sempat bertanya kepada kurier yang menghantar bungkusan itu.
Image via @syzleenanisa (X)
Image via @syzleenanisa (X)
Image via @syzleenanisa (X)
"Conclusion: stop la menipu seller. Tak sangka ada macam macam jenis penipu zaman sekarang ni.
I share kat sini so korang yang seller boleh hati hati kalau benda ni jadi juga. Minta segala proof yg ada," katanya.
Wanita itu juga berkata itu bukanlah marketing untuk menaikkan jualannya, tetapi hanya sekadar memberi kesedaran kepada peniaga lain agar tidak terkena sepertinya.
Rider JNT yang bertugas turut menghantar gambar parcel tersebut
Image via googleapis.com
Lihat ciapan penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment