Peniaga Jual Pakaian Sekolah Tiga Helai RM10, Niat Nak Bantu Keluarga Kurang Berkemampuan
Semoga murah rezeki abang ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang peniaga Kampung Simpang Tok Ku, Kuala Terengganu menjadi tular baru-baru ini apabila kedainya diserbu orang ramai yang mahu mendapatkan pakaian sekolah dengan harga murah
Menerusi video yang dikongsi oleh @sparkhobbytoysbike, peniaga yang dikenali sebagai Mohd Azrol Azhar, 38 itu berkata dia tidak memikir keuntungan kerana mahu membantu keluarga tidak berkemampuan.
Difahamkan, dia menjual pakaian seragam sekolah pada harga RM10 bagi setiap tiga helai pakaian.
"Saya tak mengira sangat keuntungan. Niat saya lebih kepada mahu membantu orang susah," katanya.
Image via @sparkhobbytoysbike (TikTok)
Akui kos sara hidup semakin tinggi, terutama mereka yang mempunyai ramai anak
Menurut laporan Harian Metro, peniaga berkenaan melabur sebanyak hampir RM300,000.
"Kos sara hidup kini amat tinggi. Bagi keluarga yang mempunyai ramai anak dan kurang berkemampuan, sudah tentu memerlukan perbelanjaan besar untuk menyediakan kelengkapan sekolah.
"Niat saya untuk membantu golongan susah, saya jual dengan harga yang tidak masuk akal ini tanpa mengira soal keuntungan.
"Saya labur sebanyak hampir RM300,000. Walaupun modal besar dan keuntungan sangat 'nipis' namun saya gembira dapat membantu lebih 10,000 keluarga yang datang ke kedai saya untuk mendapatkan pakaian sekolah.
"Tahun ini saya membekalkan lebih 100,000 helai pakaian sekolah iaitu baju, seluar, kain, tudung dan stokin. Semuanya habis dijual dalam tempoh seminggu," katanya lagi.
Image via @sparkhobbytoysbike (TikTok)
Terharu ada pelanggan sanggup membeli pakaian dalam kuantiti yang banyak bukan untuk keperluan keluarga sebaliknya untuk membantu jiran dan penduduk yang tidak berkemampuan
"Ramai pelanggan yang ucap terima kasih dan berdoa semoga saya dapat terus membantu orang susah dengan menjual pakaian baharu dengan lelong.
"Malah, ada juga dalam kalangan pelanggan yang saya bagi percuma dengan niat bersedekah," katanya.
Image via Harian Metro
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment