Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

“Penjual Hidang Kopi 'Joss' Boleh Didenda RM10,000 & Penjara 2 Tahun” - KKM

Kopi Joss juga dikenali sebagai kopi arang.

Cover image via Mesin Kopi Cookpad

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kopi Joss yang popular di Indonesia itu juga dikenali sebagai kopi arang

Ada yang mendakwa kopi arang itu mempunyai keunikan rasa tersendiri selain dikatakan merupakan cara untuk membuang toksin dalam badan. 

Namun, baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa penambahan bara arang dalam minuman kopi yang semakin menjadi trend itu merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Makan 1985 dan boleh didakwa. 

Mana-mana pengusaha premis makanan yang didapati menghidang kopi bersama bara arang boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara selama tidak melebihi dua tahun jika disabitkan kesalahan. 

Image via Liputan 6

Arang tidak dikategorikan sebagai makanan - KKM

Menurut sumber, KKM mengeluarkan kenyataan selepas trend meminum kopi yang dimasukkan dengan bara arang di sebuah kedai makan tular di media sosial.

"Kopi yang sedia diminum dikawal di bawah Peraturan 269A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan peraturan tersebut hanya membenarkan penambahan gula, dekstrosa, glukosa atau madu, susu, krimer, makanan lain dan bahan perisa yang dibenarkan. Arang tidak dikategorikan sebagai makanan," menurut KKM dalam kenyataan.

Pakar kesihatan juga bimbang kerana minuman itu boleh mengundang kesan buruk seperti kanser, berikutan sifatnya yang karsinogenik serta kemungkinan usus tersumbat jika diambil secara kerap untuk tempoh masa yang lama.

Arang panas (bara arang) yang dimasukkan secara terus ke dalam kopi adalah berbeza dengan arang diaktifkan, yang lazimnya digunakan dalam industri makanan kerana ia sudah diproses sekali gus selamat untuk digunakan.

"Bagaimanapun, arang panas yang dimasukkan secara terus dalam kopi seperti yang ditularkan itu tidak dapat dipastikan, sama ada telah diproses dengan betul atau selamat untuk dimakan atau diminum begitu sahaja kerana kemungkinan terdapat unsur benda asing atau toksik lain.

"Justeru, sebagai langkah pemantauan, siasatan akan dijalankan setelah KKM mendapat maklumat lengkap premis makanan yang ditularkan," menurut KKM.

Image via Cookpad

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk memilih kedai makan atau restoran yang bersih.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment