seismik

Ini 6 Airbnb Sesuai Untuk Keluarga Kecil Anda Bercuti Di KL. Memang Syurga Kanak-Kanak!

Mungkin anak anda nanti tak nak balik.

Cover image via LivingSpaces & Ethan

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Musim cuti telah pun tiba, sudah tentu ibu ayah sudah merancang pelbagai aktiviti untuk keluarga bukan?

Kebiasaannya, keluarga kecil yang mempunyai bayi susah nak dibawa melancong. Hal itu disebabkan budak kecil ada yang terlampau aktif, namun ada juga yang merengek dan menangis apabila dibawa jalan. 

Haa, apa kata bawa family anda staycation saja sambil berehat di Airbnb? Nampak macam bosan tetapi percayalah, anak-anak pasti akan happy kalau anda bawa ke sini. Tak perlu pergi tempat lain dah! 

Image via GIPHY

1. Kids Friendly Safari Wonderland Kuala Lumpur - RM568 satu malam

Image via Ethan
Image via Ethan
Image via Ethan

Airbnb ini memuatkan sehingga lapan orang. Terdiri daripada dua blik tidur yang mempunyai dua katil saiz queen. Bilik mandi pula terdapat dua bilik. Rumah ini telah dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan dapur. Lokasinya juga strategik di tengah-tengah bandar. 

Konsep rumah ini adalah Safari Wonderland, ramai yang pernah tinggal di sini memberi review yang positif sehinggakan anak mereka tidak mahu pulang kerana tempat yang selesa dan seperti taman permainan.

Lokasi: Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur

Klik sini untuk info lanjut. 

2. Kids friendly airbnb at KLCC - RM279 satu malam

Image via Kiddie Club
Image via Kiddie Club
Image via Kiddie Club

Airbnb ini memuatkan sehingga enam orang tetamu. Terdapat satu bilik tidur dan satu bilik mandi. Bawa anak-anak ke sini, pasti mereka suka kerana ada tempat khas untuk mereka bermain. 

Rumah ini juga dilengkapi dengan pelbagai peralatan yang akan memudahkan kerja anda. Jadi, tak perlu risau nak hiburkan hati anak-anak lagi. 

Lokasi: Berdekatan LRT Ampang 

Klik sini untuk info lanjut. 

3. Little Star Homestay Velocity Bunk Bed Slide - RM320 satu malam

Image via Janet
Image via Janet
Image via Janet

Rumah ini dilengkapi dengan buku cerita kanak-kanak dan juga skrin projektor untuk movie night anda bersama keluarga. Memuatkan sehingga lapan orang tetamu, rumah ini dilengkapi dengan dua bilik tidur dan satu bilik mandi. 

Lokasi: Berdekatan Sunway Velocity Mall, KL

Klik sini untuk info lanjut. 

4. B2 Kuala Lumpur Slides Bunk Bed by Hugo Stella - RM437 satu malam

Image via Hugo Stella
Image via Hugo Stella
Image via Hugo Stella

Berkonsepkan lego, rumah ini sudah tentu akan membeli jiwa anak-anak kerana gelongsornya. Memuatkan sehingga enam orang tetamu dan mempunyai satu bilik mandi dan bilik tidur. 

Anak-anak sudah pasti suka bermain gelongsor dan tidur di katil corak kereta api itu. 

Lokasi: Berdekatan Bukit Bintang

Klik sini untuk info lanjut. 

5. Greek Loft_4 pax@KLCC Scarletz - RM168 satu malam

Image via Living Spaces
Image via Living Spaces
Image via Living Spaces

Mempunyai ruangan kecil untuk kanak-kanak menghabiskan masanya. Unit ini menawarkan konsep yang simple. Rumah ini memuatkan sehingga empat orang dan mempunyai satu bilik tidur dan bilik mandi.

Lokasi: Scarletz Suites @ KL City Centre

Klik sini untuk info lanjut.

6. AVA Empire Spacious Duplex For Family & Friends - RM200 satu malam

Image via DolFnn
Image via DolFnn
Image via DolFnn

Rumah ini merupakan studio duplex yang mempunyai satu bilik tidur dan satu bilik mandi. Yang uniknya, di tingkat bawah ada ruangan untuk anak-anak anda bermain. Terdapat kelengkapan dapur dan ruang tamu yang lengkap juga. 

Lokasi: Empire City, Damansara 

Klik sini untuk info lanjut. 

Sesekali 'beli jiwa' anak-anak jom!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: