Hujan Lebat Di Kalimantan, Video Sukarelawan Sujud Syukur Sentuh Hati Netizen
Alhamdulillah, akhirnya hujan lebat.
Cover image via @diarialma (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular satu perkongsian video menunjukkan sukarelawan pemadam kebakaran hutan bersyukur kerana hujan lebat
Dalam video tersebut terdapat seorang sukarelawan yang masih memegang hos pemadam dan bersujud bersama selepas kira-kira empat bulan bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di kawasan Kalimantan.
Video tersebut telah dikongsikan oleh @diarialma di Threads yang menunjukkan beberapa sukarelawan bersorak dan kemudian bersujud di atas jalan yang basah ketika hujan lebat turun. Mereka semua tampak begitu bersyukur atas rahmat yang telah lama ditunggu.
"Bagaimana tak sujud syukur… Akhirnya hujan di Kalimantan Selatan," kata diarialma.
Rakaman ini telah menyentuh banyak hati netizen yang turut bergembira dan bersyukur melihat hujan yang disifatkan sebagai hujan rahmat yang besar terutamanya setelah apa yang mereka hadapi selama empat bulan ini.

Rakyat Malaysia turut meluahkan rasa gembira dan berterima kasih kepada sukarelawan
Rakyat Malaysia juga berterima kasih kerana sukarelawan selama ini telah bertungkus-lumus untuk memadamkan api seperti tiada akhirnya selama empat bulan.
"Kami sebagai rakyat Malaysia tumpang bahagia juga untuk kalian. Hujan rahmat ini turun bukan untuk kebaikan Indonesia sahaja tetapi juga untuk negara-negara yang hidup sebagai negara jiran. Saya berdoa agar kita mendapat pemimpin yang lebih adil dan berwibawa di Asia Tenggara supaya kita dapat hidup sebagai saudara yang saling mengambil berat," kata @iviamee di Threads.

"Aku berdoa supaya hujan di Kalimantan ini membawa berkah, memadamkan api dan memulihkan keadaan Kalimantan. Amin" kata seorang lagi pengguna.
"Kami pun turut gembira. Kesian rakyat yang terkena tempias. Semoga yang baik-baik je buat kalian semua. Salam dari Malaysia! Kami dah dapat langit cerah"
Dalam pada itu, ramai berharap kejadian kebakaran hutan sebegini tidak lagi berulang sehingga menyebabkan beberapa negara di Asia Tenggara diselubungi jerebu teruk.
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


