Mat Salleh Minat Kereta Proton, Rupanya Ada 34 Buah Dalam Koleksi Peribadi
Rare betul koleksi kereta dia.
Cover image via @joncoupland (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa sangka, kereta keluaran Malaysia bukan sahaja mendapat tempat dalam kalangan rakyat tempatan, malah turut menjadi kegilaan peminat automotif dari luar negara
Perkara itu terbukti menerusi kisah seorang lelaki dari Lincolnshire, United Kingdom (UK), dikenali sebagai Jon, yang menggelarkan dirinya sebagai 'Protonholic' kerana terlalu meminati kereta jenama Proton.
Menerusi perkongsian di Threads, Jon mendedahkan bahawa dia kini memiliki sebanyak 34 buah kereta dalam koleksinya yang semakin bertambah.
Menurutnya, koleksi tersebut terdiri daripada pelbagai kenderaan yang mungkin sudah dilupakan orang ramai, namun masih mempunyai nilai tersendiri bagi penggemar automotif sepertinya.

"Jika anda baru di sini… saya seorang pengumpul kereta (khususnya kereta Proton).
"Kini, saya memiliki 34 buah kereta dalam koleksi yang makin berkembang 'kenderaan yang telah dilupakan orang ramai'," katanya.
Antara model yang mencuri perhatian ialah Proton Impian, Proton Satria dan Proton Black Knight, yang disifatkannya sebagai sebuah kereta istimewa

Dalam perkongsian terdahulu, Jon turut menunjukkan beberapa buah kereta Proton miliknya yang bakal dibawa menjalani pemeriksaan tahunan Kementerian Pengangkutan (MOT) di UK.
Dia menjelaskan bahawa Proton Impian dan Satria sudah hampir setahun tidak digunakan, manakala Proton Black Knight merupakan antara model yang mempunyai tempat istimewa dalam koleksinya.
Untuk rekod, pemeriksaan MOT diwajibkan bagi kebanyakan kereta di UK yang berusia lebih tiga tahun bagi memastikan kenderaan tersebut selamat dan memenuhi keperluan penggunaan jalan raya.



Perkongsian Jon itu menerima pelbagai reaksi positif daripada warga maya, termasuk rakyat Malaysia yang teruja melihat minat mendalam lelaki berkenaan terhadap kereta keluaran negara.
Malah, ada pengguna yang berseloroh bahawa rakyat Malaysia gemar mengumpul kereta Jepun atau JDM, sedangkan Jon pula memilih kereta buatan Malaysia.
Perkongsian, tersebut membuktikan bahawa model Proton lama masih mempunyai peminat tersendiri di luar negara, sekali gus memperlihatkan daya tarikan kereta nasional Malaysia dalam kalangan penggemar automotif antarabangsa.
Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


