Ramai Mengaku Sudah Bosan, Purata Tempoh Tontonan Harian Netflix Kian Menjunam
Korang masih tengok Netflix?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengguna Netflix kini didapati telah meluangkan masa menonton yang lebih rendah daripada sebelum ini
Netflix suatu ketika dahulunya menjadi salah satu tempat wajib jika anda mahu menonton pelbagai jenis filem, dokumentari, siri dan lain-lain.
Dilaporkan oleh The Edge Malaysia, Netflix kini tidak lagi menonton aplikasi strim sebanyak beberapa tahun lalu. Syarikat yang melaporkan kepada The Edge Malaysia enggan dikenali kerana data itu bersifat sulit.
Mereka telah menggunakan metrik Qualified Plays Days (QPD) yang memantau kekerapan pelanggan menggunakan perkhidmatan Netflix setiap bulan.

Kekerapan itu telah turun bagi setiap individu walaupun jumlah masa penggunaan aplikasi itu meningkat, tetapi ia didorong oleh jumlah pelanggan baharu bukannya tempoh tontonan sedia ada.
Penurunan ini dikesan selepas Netflix telah menyekat perkongsian kata laluan pada tahun 2022.
Pengurusan ketika itu menjangkakan kesan itu hanya sementara, tetapi pengguna semakin berkurang setiap tahun, menimbulkan kebimbangan kerana pelanggan mula merasai Netflix semakin berkurang dan beralih kepada platform penstriman yang lain.

Kadar tontonan mengalami genjotan kerana persaingan
Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Netflix, Ted Sarandos, mengatakan situasi ini merisaukan buat pasaran domestik mereka.
"Kadar tontonan, khususnya di Amerika Syarikat, tidak berkembang sepantas yang sepatutnya atau seperti yang kami harapkan," kata Sarandos.
Rakan sejawat Greg Peters, mengatakan operasi Netflix di luar AS kekal kukuh dan disokong model perniagaan yang sihat. Kadar pembatalan pula berada di paras stabil iaitu 2%. Kadar ini kekal sebagai yang terbaik dalam industri.

"Dua perkara ini boleh berlaku serentak," tegas Peters. "Kita memiliki perniagaan yang berkembang pesat, menguntungkan, dan dicemburui ramai. Namun pada masa yang sama, kita sedar ada banyak lagi kerja yang perlu dilakukan untuk memacu pertumbuhan yang lebih besar." menurut Peters.
Bagi mengurangkan masalah terlalu banyak wang digunakan, Netflix turut membatalkan banyak siri original Netflix yang beberapa daripadanya sangat terkenal seperti Shadow & Bone, The Dark Crystal: Age of Resistance, 1899, Lockwood & Co. dan pelbagai lagi siri lain.
Netflix kini meningkatkan belanjawan program dan meneroka segmen baharu seperti podcast, siaran langsung sukan dan pelbagai lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via