Pentas Calpis Soda One In A Million 'Meletup' Dengan Persembahan Dari Dayang Nurfaizah
Antara bekas peserta OIAM yang legend!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) minggu kedua dimeriahkan dengan kehadiran Dayang Nurfaizah yang membawakan dua lagu ikoniknya, 'Hakikat Cinta dan Lemah'
Setelah 15 tahun tidak menjejakkan kaki ke pentas berprestij ini, Dayang kembali mengejutkan penonton dengan persembahan memukau, sambil memberikan sokongan dan semangat kepada barisan Top 14 dalam episod kedua yang berlangsung pada Ahad lepas.
"Saya sehingga sekarang masih gemuruh apabila berada di pentas OIAM, lebih-lebih lagi menyanyi di hadapan penyanyi-penyanyi hebat ini.
"Sedikit pesanan kepada para peserta, saya faham jika mereka risau atau gemuruh, tetapi bagi Dayang, setiap kali kita membuat persembahan, kita hanya perlu nyanyi, nikmati saat itu dan berikan sepenuhnya apabila berada di pentas. Anggaplah setiap kali anda menyanyi, itu adalah persembahan terakhir anda.
"Saya faham, dalam era media sosial sekarang, tekanan yang mereka hadapi jauh lebih tinggi, terutama dengan komen-komen daripada netizen. Sebaiknya, abaikan komen negatif itu dan fokus pada persembahan yang lepas untuk mengenal pasti di mana kesilapan berlaku.
"Meminta pendapat orang lain itu tidak salah, tetapi jika berlebihan, ia boleh mengganggu fokus, lebih-lebih lagi kerana pertandingan ini berlangsung setiap minggu. Dayang benar-benar memahami betapa sukarnya untuk mengekalkan kekuatan mental dan jiwa yang teguh dalam situasi seperti ini," katanya.
Image via TV3 Malaysia
Minggu kedua yang dimulakan dengan Top 14 berakhir dengan suasana hiba dan suram apabila empat bakat muda terpaksa meninggalkan pentas, iaitu Trio XL, Dhania, Erfarina, dan Aniq Iffat.
Keempat-empat mereka telah memberikan persembahan sehabis baik, yang rata-ratanya menerima komen positif daripada pihak juri.
Namun, nasib mungkin tidak menyebelahi mereka, apabila berhadapan dengan saingan sengit daripada peserta lain yang tidak kurang hebatnya. Mereka tetap menunjukkan dedikasi tinggi dan bakat yang patut dipuji dalam suasana pertandingan yang begitu kompetitif.
Image via TV3 Malaysia
Image via TV3 Malaysia
Jimi dinobat peserta terpaling Fizz pada minggu kedua
Peserta terpaling Fizz minggu ini pula dinobatkan kepada Jimi selepas mendendangkan lagu 'Di Penjara Janji' dengan persembahan yang penuh tenaga, kekuatan vokal, dan keaslian pada nada rendah yang terpancar.
Kemenangan ini sekali gus membuka peluang keemasan buatnya berduet bersama penyanyi, penulis lagu, dan komposer terkenal, Aina Abdul, bagi tugasan minggu hadapan, membawa dimensi baharu kepada persembahannya.
Minggu hadapan, cabaran baharu! Persaingan diteruskan dengan baki 10 peserta yang akan berentap mengikut tema “Rasa Paling Indah”, menjanjikan hiburan yang penuh dengan irama kegembiraan.
Mereka ialah Rezza Shah, Mariam, Alya Mardien, Kai Deva, Zazzleen, Marygrace, Jimi, Dayangku Iffah, Hafiz Zainal, dan Eylia Guntabid. Undi peserta kegemaran anda, kerana 40% undian berada di tangan anda, manakala 60% lagi ditentukan oleh juri profesional.
Teruskan menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton. Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah!
Juga, jangan terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam.
Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami mencipta fenomena luar biasa ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik mengenai Calpis Soda One In A Million:
Leave a comment