Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Siapa Sangka, Di Malaysia Ada Pasukan Penyelamat Macam Bomba Tapi Untuk Lebah. Cute Betul!

My Bee Savior (Penyelamat Lebah Malaysia) merupakan sukarelawan yang sayangkan lebah. Mereka melakukan kerja-kerja menyelamat dan memindahkan lebah tanpa sebarang caj.

Lebah merupakan satu-satunya serangga yang menghasilkan makanan untuk manusia, yakni madu lebah

Image via Giphy

Koloni lebah terdiri daripada 3 jenis lebah iaitu ratu lebah (queenbee), lebah pekerja (worker bee) dan lebah jantan (drones).

Ketiga-tiga koloni ini mempunyai peranan masing-masing. Selain itu, sarang lebah (honeycomb) terbentuk menggunakan sistem bentuk poligon hexagon sempurna (poligon bersisi enam). Susunan bentuk hexagon ini merupakan bentuk pembinaan semulajadi paling luas dengan 0% pembaziran ruang dan menggunakan bahan paling minima.

Lebih menarik, menurut laporan The Patriots, lebah berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan sebaran bauan kimia yang dikenali sebagai Feromon melalui kaedah tarian. Lebah juga mempunyai kira-kira 170 reseptor bauan dan deria bau 50 kali ganda lebih baik berbanding anjing.

Apakah sebab untuk manusia kisah tentang serangga yang dikenali sebagai lebah ini?

Menurut kenyataan MY Bee Savior - Penyelamat Lebah Malaysia di Facebook,

"Di barat lebih 10 juta koloni lebah telah hilang? Bukan 10 juta lebah, tapi 10 juta koloni. Maksud koloni ini macam keluarga, lebih 10 juta keluarga lebah telah hilang atas fenomena yang mereka panggil Colony Collapse Disorder (CCD)."

Kalau satu koloni ada 10,000 individu lebah, berapa jumlah lebah sudah hilang? 100,000,000,000 individu lebah (100 bilion individu lebah) dan negara Malaysia juga pernah alami kehilangan hampir seluruh koloni lebah ternak bermula sekitar tahun 1996 yang menyebabkan para penternak lebah menghadapi kerugian besar, industri penternakan lebah lumpuh."

Beberapa tahun kebelakangan ini, populasi lebah mula meningkat semula. Namun yang kasihannya, sumber makanan lebah makin berkurang, tempat untuk bersarang pun makin terhad. Hutan-hutan sudah bertukar kepada ladang kelapa sawit atau dibangunkan jadi kawasan perumahan dan perindustrian. Maka tidak peliklah jika sering didapati lebah bersarang di kawasan kediaman."

Image via Giphy

Bagaimana nak bantu lebah terus hidup?

"Mulakan dengan ambil tahu mengenai lebah, bagaimana tingkah laku lebah, apa yang patut dan tidak patut dilakukan bila berdepan lebah, apa sumbangan lebah, apa akan jadi kalau lebah sudah tiada lagi dan lain-lain lagi."

Apakah itu MY Bee Savior/Penyelamat Lebah Malaysia?

Image via MY Bee Savior - Penyelamat Lebah Malaysia / Facebook

Image via MY Bee Savior - Penyelamat Lebah Malaysia / Facebook

Image via MY Bee Savior - Penyelamat Lebah Malaysia / Facebook

Penyelamat Lebah Malaysia merupakan pasukan yang akan menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan kelestarian lebah, mengurus peningkatan populasi lebah dan juga mengangkat semua perlebahan untuk potensi komersial.

Mereka ini merupakan sukarelawan yang sayangkan lebah. Malah, tiada caj yang dikenakan ketika kerja-kerja ini dilakukan. Cuma kebiasaannya, sukarelawan akan mengambil koloni lebah dan membawa balik ke ladang ternak jika ia merupakan spesis yang boleh diternak (Apis Cerana).

Namun begitu, jika pengadu ingin menyimpan koloni yang telah dipindahkan ke dalam kotak, sukarelawan boleh minta pengadu untuk bayarkan kos penyediaan kotak haif mengikut keadaan kotak itu sama ada dibeli, dibina sendiri menggunakan kayu terpakai atau sebagainya.

Mereka ini sedia menyelamatkan lebah yang bersarang di kawasan kediaman manusia dengan memindahkan sarangnya ke lokasi yang lain.

Seperti baru-baru ini pada 16 Julai, satu kes yang berlaku di bangunan KLCC ketika ada lebah tualang singgah berkerumun di situ #KLisbuzzing #KLberderu

Ramai yang pelik, kenapa lebah Tualang ini boleh terbang setinggi skybridge ini iaitu lebih kurang tingkat 41/42 di Petronas Twin Towers.

Untuk pengetahuan anda, pokok Tualang merupakan antara pokok-pokok tertinggi di hutan. Sebab itulah lebah tualang ini mampu untuk terbang setinggi itu.

Jika anda mengalami situasi di mana lebah datang bersarang di kediaman anda, boleh guna cara di bawah untuk cadangan rekabentuk kotak umpan sarang lebah kampung (Apis Cerana)

Pesanan daripada Penyelamat Lebah Malaysia:

"Kepada rakyat Malaysia: Ketahuilah, lebah hidup di sekeliling kita sekian lama. Mereka berbakti mendebunga buah-buahan kegemaran kita, buah-buahan di hutan, lalu menjadi makanan hidupan hutan. Dengan peranan ini, ada yang meletakkan lebah sebagai haiwan paling berharga di dunia. Lebah banyak membiak dan singgah lalu di sekitar Lembah Klang. Kita tak dapat elak bertembung dengan lebah. Yang penting, ambil tahu bagaimana cara berdepan dengan lebah."

Terbaiklah, team MY Bee Savior - Penyelamat Lebah Malaysia!

Image via Giphy

"Lestarikan lebah, demi kelestarian sejagat"

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment