"Perempuan Itu In Real Life" - Wanita Kongsi Dapat Kifarah Lepas Rampas Suami Orang
Tak sangka.
Sekarang sedang hangat dengan drama yang disiarkan di Tonton iaitu Perempuan Itu
Perempuan Itu yang dilakonkan oleh Mimi Lana, Zul Ariffin dan Siti Hariesa itu ternyata mendapat sambutan ramai.
Drama itu menjadi hangat dek kerana jalan ceritanya apabila Emir (Zul Ariffin) mempunyai hubungan sulit dengan Seira (Siti Hariesa) bertahun-tahun lamanya tanpa pengetahuan isterinya Khalish (Mimi Lana).
Namun, tular baru-baru ini apabila seorang individu berkongsi kisahnya sebagai seorang 'perampas' telah mencuri perhatian ramai.
Lihat ciapan itu di bawah:
Image via Twitter
Kongsi dapat balasan selepas rampas suami orang
Menerusi ciapan tersebut, seorang individu berkongsi tangkap layar komen yang diambil daripada Instagram Mimi Lana.
Wanita itu berkongsi cerita Perempuan Itu ternyata sama seperti kehidupannya sebelum ini. Malah, dia juga berkongsi watak yang ada dalam cerita tersebut sama apa yang dilaluinya.
Difahamkan, dia telah mempunyai hubungan sulit dengan suami orang ketika si isteri sedang sarat mengandung. Namun, selama 8 tahun hubungan itu akhirnya terputus dan dia tidak berkahwin dengan lelaki berkenaan.
Lebih membuat dia menyesal adalah dia memberitahu dia telah menerima balasannya sama seperti apa yang dia lakukan sebelum ini. Wanita itu sempat memberi nasihat untuk wanita di luar sana supaya lebih matang berfikir dan tidak melakukan kesilapan sepertinya.
Image via The Rakyat Post
"Tu orang cakap what you give you get back" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 947 retweets, 70 quotes tweets dan 1,537 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Setiap perbuatan ada balasannya. Fikir-fikirkan lah ;)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment