seismik

Tak Sangka Dapat Sambung Study Di UK, Gadis Happy Berlari Peluk Mak Ayah Ini Undang Sebak

Tahniah awak!

Cover image via @nadhotornado (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua orang pasti mempunyai impian untuk sambung belajar ke peringkat universiti selepas tamat persekolahan bukan?

Pengajian di peringkat universiti ini sememangnya berbeza daripada persekolahan. Di sini, anda akan belajar pelbagai benda.

Jika anda mempunyai rezeki, anda juga boleh menyambung pengajian di negara luar. Jika tidak, sambung di insititusi dalam negara pun sudah cukup baik.

Baru-baru ini, tular sebuah video seorang gadis gembira apabila dia menerima tawaran untuk menyambung pengajian di luar negara telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@nadhotornado

alhamdulillahhh i got accepted for master in counseling in the UK. it's always been my dreammm to study in the UK and God answers all my prayerssss. alhamdulillahhhhhhh syukur

Space Song

Terus lari beritahu mak dan ayah dapat tawaran

Menerusi video tersebut, kelihatan gadis tersebut baru saja pulang daripada sekolahnya. Dia dilihat sambil berlari terus menuju kepada maknya terlebih dahulu dengan memaklumkan dia mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di luar negara iaitu United Kingdom.

Selepas itu dia berlari pula memberitahu ayahnya berita gembira itu sambil memeluknya. Difahamkan, dia sudah lama menantikan saat itu dan bersyukur akhirnya semua terjawab.

"Im crying watch this. So happy for u" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah kepadanya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 273.7K views, 32.6K likes dan 427 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Alhamdulillah, semoga terus sukses! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: