Perkenal Dengan Logo Baru, Berikut Adalah 10 Ciri Yang Anda Perlu Tahu Di Twitter
'X' berwarna putih dengan latar belakang warna hitam.
Gempar baru-baru ini apabila Elon Musk mendedahkan logo terbaharu bagi laman media sosial Twitter
Logo itu memaparkan 'X' berwarna putih dengan latar belakang warna hitam untuk menggantikan logo lama iaitu seekor burung berwarna biru yang dikenali ramai.
Sudah tentu, ia telah mendapat perhatian ramai di media sosial terutama bagi pengguna Twitter sendiri.
Malah, terdapat beberapa kelainan pada Twitter baru ini yang anda perlu tahu. Jom kita lihat perkongsian daripada seorang pengguna Twitter ini.
1. Nama domain baharu
Difahamkan ia akan menggunakan nama domain baharu Twitter ialah http://x.com. Menurut Elon, logo lama Twitter akan dibuang.
2. Tukar 'pengikut' kepada 'penonton'
Malah, beliau juga memberikan bayangan menukar prospek "Pengikut" kepada "Penonton".
Image via Twitter
3. Sudah mula tukar logo baru
Seperti yang anda perasan sekarang, jika anda membuka Twitter anda tidak lagi akan nampak logo burung biru yang dahulu. Hal ini kerana beliau telah memperkenalkan logo baru dengan logo 'X'.
Image via Twitter
4. Bayaran untuk creators
Untuk semua creators di Twitter, anda akan dibayar bagi lawatan profil. Malah, anda tidak memerlukan 5 juta impressions setiap bulan. Anda juga tidak perlu mempunyai butang langganan.
Image via Twitter
5. Pengiklanan lebih daripada 100 buah negara
Twitter baru ini memberikan perkongsian iklan yang akan tersedia di lebih 100 negara.
Image via Twitter
6. Bookmarks
Ada yang mengatakan sistem penanda halaman Twitter kurang memberangsangkan.
Berikut adalah beberapa perubahan yang akan datang:
- Penanda halaman daripada garis masa
- Fungsi carian penanda halaman
- E-mel mingguan dengan penanda halaman anda yang disimpan
7. Sistem shadowbans
Twitter juga akan memaparkan shadowbans serta-merta pada akaun pengguna, Elon mengesahkan.
Termasuk:
- Sekatan bayangan aktif
- Sebab shadowbanning
- Penyelesaian yang berpotensi untuk keluar dari Twitter jail
8. Senang laporkan scam
Sistem pelaporan penipuan sedia ada adalah membosankan dan panjang. Jadi, Elon akan membuatkannya ia lebih mudah.
Image via Twitter
9. Sistem Kewangan
Elon telah menekankan kepentingan mempunyai aplikasi seperti WeChat iaitu aplikasi gergasi di China. Dia berkata: "Jika dilakukan dengan betul, X akan menjadi separuh daripada sistem kewangan global."
Matlamat:
- Tahap minimum penipuan
- Pemantauan masa nyata
- Penyepaduan yang lancar
10. Highlights
Walaupun ini sudah ada, tetapi tidak ramai yang menggunakannya. Pereka untuk Twitter juga secara terbuka menyatakan bahawa dia tidak menyukainya. Perubahan mungkin akan datang tidak lama lagi.
Image via Twitter
Jadi, apa pendapat anda tentang perubahan baharu ini?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment