Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pernah Viral Sebab Nasi Lemak, Mat Salleh Ini Nak Terbang Ke KL Untuk Burger 'Ramly' Pula!

Burger tepi jalan ni jauh lagi sedap dari burger restoran makan segera!

Cover image via YouTube Remote Darren

Tolak tepi burger dari rangkaian restoran makanan segera, burger Ramly sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia

Image via Iluminasi

Burger Ramly sangat famous di Malaysia. Manakan tidak, ianya mudah didapati dan dijual di tepi-tepi jalan oleh pemuda-pemuda yang membuka gerai kecil. Harganya juga jauh lebih murah berbanding burger di restoran-restoran makanan segera terkemuka.

Image via Backpacking Malaysia

Turut dikenali sebagai ‘burger tepi jalan’, terdapat pelbagai pilihan yang boleh didapati antaranya benjo, burger ayam, burger daging mahupun burger 'special' bersalut telur yang kemudiannya disertai dengan salad cincang, tomato, timun, dan mayonis serta sos dan bahan perasa lain. Kalau nak lebih sedap, tambah keju!

Image via SAYS

Baru-baru ini, seorang YouTuber, Darren Cronian, yang sebelum ini telah terbang ke Malaysia semata-mata kerana rindukan nasi lemak, meluahkan pula keinginannya untuk mencuba burger Ramly

Image via YouTube Remote Darren

Darren yang berasal daripada England pernah viral gara-gara dia sanggup terbang 9,600km dari Greece ke Kuala Lumpur semata-mata hanya kerana mengidam untuk merasai masakan nasi lemak buatan Malaysia.

Lihat video penuh perjalannya dari Greece ke Kuala Lumpur di bawah:

Terkini, dia meluahkan pula keinginannya untuk kembali ke sini selepas menerima video daripada host Airbnb dia ketika menetap di Kuala Lumpur yang menunjukkan bagaimana burger tepi jalan dipanggang. Ternyata melihat video berkenaan telah berjaya membuat dirinya terliur.

Berikutan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet menyatakan Darren perlu berkunjung ke Malaysia untuk mencuba burger Ramly ini. Bukan itu sahaja, ramai juga mula mempromosikan burger jalanan untuk dia cuba.

Komen menarik dari warganet:

Tiba-tiba penulis pun mengidam nak makan burger tepi jalan ni.

Mujur dekat je dengan rumah tak perlu fly jauh-jauh!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Darren ini punya mengidam kalah perempuan mengandung!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment