Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pernikahan Mahalini & Rizky Febian Rupanya Tidak Sah, Tak Ikut Rukun Nikah Yang Betul?

Difahamkan, salah satu rukun nikah tidak dipenuhi ketika majlis pernikahan pasangan tersebut dijalankan.

Cover image via TribunNews

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengadilan Agama Jakarta Selatan memutuskan pernikahan pasangan selebriti popular Indonesia, Mahalini Raharja dan Rizky Febian adalah tidak sah di sisi undang-undang

Menurut laporan Tribun News, Humas Pengadilan Agama Jakarta Selatan iaitu H. Suryana berkata, salah satu rukun nikah yang dijalankan semasa ijab kabul pada 10 Mei 2024 tidak dipenuhi iaitu berkaitan dengan status wali pernikahan.

"Dari hasil pemeriksaan, majlis hakim mengambil keputusan pernikahan yang dilaksanakan mendapati salah satu rukun nikah tidak terpenuhi. Salah satunya adalah wali yang menikahkan mereka bukan wali yang berhak," katanya.

Menurutnya, wali nikah yang menikahkan Rizky dengan Mahalini adalah seorang ustaz, tetapi pemilihan individu terbabit bertentangan peraturan ditetapkan dalam undang-undang.

Image via Malaysia Gazette

"Setelah dia (Mahalini) mualaf kemudian bernikah, secara automatik memang orang tua pengantin perempuan juga bukan muslim, di situ bererti walinya bukan orang tuanya.

"Dalam persidangan ditemukan fakta ternyata yang menikahkannya adalah seorang ustaz dan dia menikahkan dengan menamakan dirinya sebagai wali hakim," katanya lagi.

Berdasarkan peraturan Menteri Agama Nombor 30 Tahun 2005, wali hakim yang sah adalah pihak yang persetujui Menteri Agama dan didelegasikan pelaksanaannya oleh ketua setempat

Menurut Undang-Undang Perkahwinan di Indonesia, wali dalam pernikahan terbahagi kepada dua jenis, iaitu wali nasab dan wali hakim.

Wali nasab ialah wali yang mempunyai hubungan saudara dengan pengantin perempuan. Wali hakim pula digunakan dalam kes tertentu seperti pengantin perempuan tidak mempunyai wali nasab atau wali nasab tidak diketahui keberadaannya.

Namun begitu, dalam kes Rizky dan Mahalini, majlis hakim mendapati bahawa proses pemilihan wali hakim tidak memenuhi kriteria undang-undang di sana.

"Hal ini yang menjadi dasar keputusan bahawa pernikahan mereka tidak sah secara hukum," katanya.

Difahamkan, Rizky Febian dan Mahalini harus mengikuti langkah seterusnya sama ada membuat semakan semula atau menjalani proses pernikahan sekali lagi mengikut ketetapan perundangan.

Terdahulu, pasangan berkenaan bernikah awal pagi Jumaat, 10 Mei lalu di Hotel Raffles, Jakarta, manakala resepsi berlangsung di hotel sama pada sebelah malam.

Mahalini yang berasal dari Bali dan beragama Hindu disahkan telah memeluk agama Islam sebelum mereka berkahwin.

Image via @999o7i (X)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment