Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Persaingan Makin Sengit, Usahawan Disaran Kukuhkan & Bina Jenama Untuk Menang

Dunia perniagaan kini sangat kompetitif yang mana usahawan tak ada pilihan, selain untuk lebih menonjol.

Cover image via Richworks (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bangsa usahawan bakal ketinggalan jauh jika pada masa ini tidak menumpukan soal kepimpinan jenama bagi perniagaan masing-masing

Mentor usahawan merangkap Pengerusi Richworks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, situasi tersebut akan terjadi disebabkan landskap bisnes sudah berubah dengan teknologi kepintaran buatan (Ai) dan digitalisasi.

Katanya, ketika ini sangat mudah untuk sesiapapun nak mula berniaga dalam platform online.

“Dunia perniagaan kini sangat kompetitif yang mana usahawan tak ada pilihan, selain untuk lebih menonjol.

“Kepimpinan jenama bukan hanya mengenai slogan tetapi visi, misi, keterujaan, keaslian yang mana bisnes sentiasa berikan nilai-nilai kepada pelanggan malah masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada The BrandLaureate Bestbrands Awards 2023-2024 malam tadi.

Mentor Usahawan dan Pengerusi Richworks International Sdn. Bhd., Datuk Wira Dr. Azizan Osman ketika menerima Great Entrepreneur Brand ICON Leadership Award daripada The World Brands Foundation, malam tadi.

Image via Richworks (Facebook)

Tambah Azizan, jenama yang kuat dapat menarik perhatian orang, membina keyakinan, menarik bakat baharu yang berkeupayaan dan memupuk inovasi bagi terus berkembang.

“RichWorks dalam 16 tahun melatih dan membimbing usahawan dan jenama seperti Sabella, Mamasab, Eskayvie, Noir, Nurraysa, The Raw., Efferty, Ella Furniture dan Andalusia yang menjadikan kisah impian jadi kenyataan dengan asas kepimpinan kukuh.

"Setakat ini, RichWorks telah berjaya lahirkan 390 usahawan capai jualan RM1 juta pertama melalui pementoran Spire dan tahun ini kami nak saksikan 100 usahawan Titanium capai RM10 juta setahun berbanding 65 orang tahun lalu.

“Nasihat saya kepada bangsa usahawan untuk jadikan kepimpinan jenama sebagai kompas dengan nilai-nilai yang sangat berhubung mendalam dengan para pelanggan dan mengetengahkan perbezaan mereka,” ujarnya lagi.

Terima anugerah The BrandLaureate Brand ICON Leadership Award 2024 - Great Entrepreneur

Mentor Usahawan dan Pengerusi Richworks International Sdn. Bhd., Datuk Wira Dr. Azizan Osman bersama Great Entrepreneur Brand ICON Leadership Award yang diterima daripada The World Brands Foundation, malam tadi.

Image via Richworks (Facebook)

Dalam pada itu, Azizan yang juga menerima The BrandLaureate Brand ICON Leadership Award 2024 - Great Entrepreneur mengucapkan kesyukuran atas pengiktirafan kerjanya bahkan bukti usaha kolektif keluarga RichWorks bersama bangsa usahawan bimbingan beliau yang berani berimpian untuk bina bisnes berjaya sejak 16 tahun lalu.

“Usaha dijalankan World Brands Foundation dalam mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan jenama memberikan inspirasi kepada perniagaan di seluruh dunia mencapai tahap lebih tinggi.

“Saya juga berharap agar jenama rakyat Malaysia bukan hanya mampu bersaing bahkan menjadi dominan di peringkat antarabangsa dengan usaha kita semua, insya-Allah,” jelasnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment