Pesara Tentera Laut Berjaya Raih RM8K Sebulan Kerja Kutip Bola Golf Tenggelam Dalam Tasik
Difahamkan, beliau mampu mengumpul antara 500 dengan 600 biji bola.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pesara tentera laut Malaysia menjadi perhatian ramai selepas kini bekerja sebagai pengutip bola golf sehingga meraih pendapatan lumayan
Menerusi sumber, lelaki yang dikenali sebagai Sumadi Ibrahim, 51 tahun itu mula beralih menyelam ke padang golf selepas dia bersara untuk memungut bola yang tenggelam sebagai mata pencariannya.
Difahamkan, sejak 22 tahun berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia, beliau ditugaskan dalam kapal-kapal yang meronda perairan penuh dengan ikan jerung di kepulauan Pasifik.
Namun kini, sebaik sahaja mentari mula terbenam, beliau terus meronda padang-padang golf di pinggir bandar negeri Selangor dan Kuala Lumpur dan terjun ke dalam tasik untuk memburu bola golf yang 'terdampar'.
Image via Berita Harian Singapura
Guna kepakaran menyelam untuk mencari keuntungan
Beliau mampu mengumpul antara 500 dengan 600 biji bola bagi setiap penyelaman dan kemudiannya menjual balik kepada pemain golf yang kecewa dengan kehilangan bola-bola golf mereka.
Katanya lagi, beliau boleh sahaja memilih kehidupan yang lebih konvensional tetapi dirinya tidak dapat menahan 'panggilan air' yang dalam meskipun kolam padang golf hanya mempunyai kedalaman dua meter.
"Saya sudah biasa berada dalam laut," katanya.
Menurutnya, beliau mula mendengar tentang peluang mencari keuntungan menerusi “selam bola golf” dalam perbualan santai dengan rakan-rakan.
Tertarik dengan peluang tersebut, ayah kepada tiga orang anak itu memanfaatkan kepakarannya dalam menyelam perairan keruh buat kali pertama pada 2012.
Sejak bersara pada 2014, ia telah menjadi sumber pendapatan utamanya. Beliau melakukan tugas tersebut tiga malam setiap minggu.
"Saya tidak bawa lampu suluh. Hanya cahaya bulan yang menjadi sumber cahaya saya.
"Saya menggunakan tangan sebagai penyapu. Apabila tangan dan kaki saya bersentuhan dengan objek tertentu, saya dapat mengetahui sama ada ia bola atau sebaliknya," katanya.
Malah, tanpa menggunakan peralatan pernafasan, beliau mengumpul bola golf dengan memasukkannya ke dalam baju lengan panjangnya.
Image via Berita Harian Singapura
Sentiasa ambil langkah keselamatan ketika menyelam dan kongsi mampu raih sehingga RM8,000 sebulan
Walaupun nampak mudah, tetapi ia tetap datang dengan risikonya. Airnya sejuk dan gelap, menguji ketahanan fizikal dan mentalnya.
"Tasik padang golf sering mempunyai duri sawit, serpihan cengkerang siput. Airnya gelap jadi saya sering memijaknya.
"Saya sentiasa bimbang tentang kekejangan. Jadi untuk mengurangkan risiko, saya mengupah pembantu sambilan untuk berjaga-jaga semasa saya menyelam.
"Jika sesuatu berlaku, seperti saya tersepit atau cedera, sekurang-kurangnya ada seseorang untuk membantu saya," jelasnya.
Sumadi juga memberitahu setiap Sabtu, beliau akan membuka gerai di pintu masuk padang golf pada 8 pagi dengan menjual bola-bola yang dikutip untuk dijual kepada pemain golf.
Ia diletakkan pada rak sementara dan dalam bakul, bola standard dijual pada harga serendah RM0.70 sebiji, manakala jenama premium berharga sehingga RM6 sebiji.
Pekerjaan beliau mampu menjana pendapatan cukup lumayan sehingga RM8,000 sebulan, bahkan hampir tiga kali ganda gaji median bulanan pekerja rakyat Malaysia.
Image via Berita Harian Singapura
Image via Berita Harian Singapura
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment