PNB Umum Dividen ASB 5.00 Sen Seunit, Paling Rendah Dalam Sejarah Sejak 1990
Agihan pendapatan itu adalah sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen.
Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember ini
Pengumuman berkenaan dibuat Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz di Kuala Lumpur hari ini menerusi live di Facebook rasmi Permodalan Nasional Berhad.
Menurutnya, saiz dana yang besar serta keadaan ekonomi yang tidak stabil ditambah pula pandemik Covid-19 yang melanda antara yang memberi kesan besar kepada ASB.
Bonus ehsan cuma diberikan kepada 30,000 unit pertama sahaja sempena sambutan ulang tahun ke-30 ASB
Sebarang pelaburan melebihi 30,000 unit pertama tidak lagi akan menerima jumlah bonus sebanyak 0.75 seunit.
Sebagai rekod tahun lalu, ASNB mengagihkan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit yang dianggap sebagai pulangan terendah dalam sejarah.
Berikut di bawah adalah merupakan jumlah agihan pendapatan ASB sejak 1990:
Image via Astro Awani
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment