Permohonan i-Sinar Kini Dibuka, Tapi 'ELYA Si Penasihat Online KWSP' Ini Pula Curi Tumpuan
Serba salah rasa nak keluarkan duit sendiri.
Umum sedia maklum, permohonan i-Sinar untuk pengeluaran wang daripada Akaun 1 KWSP kini telah dibuka bagi Kategori 1
Ianya telah dibuka sejak 12.01 tengah malam tadi pada 21 Disember 2020 dan telah diakses oleh ramai rakyat Malaysia.
Bagi yang telah membuat semakan dan layak untuk membuat permohonan pengeluaran Akaun 1, pastinya sudah tidak sabar lagi untuk memohon.
Oleh itu, penulis ingin kongsikan langkah-langkah untuk anda membuat permohonan i-Sinar Kategori 1 KWSP ini.
Berikut di bawah adalah cara pemohonan i-Sinar Kategori 1 KWSP tanpa memerlukan i-Akaun:
- Layari laman web rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my/
- Isikan Nombor MyKad
- Isikan Nombor Telefon Bimbit, Alamat Email, Alamat Rumah, Poskod, Bandar, Negeri
- Pilih Amaun Pendahuluan (Berdasarkan syarat layak), amaun bulanan pula ditentukan oleh KWSP dalam tempoh 6 bulan
- Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank
- Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-SINAR online Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa) Aktif untuk buat pengeluaran i-SINAR
- Pastikan nombor akaun bank aktif & betul bagi memastikan bayaran i-SINAR masuk tanpa sebarang masalah
- Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan
- Klik Hantar
- Permohonan anda akan diproses dan semakan boleh dibuat mulai 4 Januari 2021
Walau bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan ketika anda memohon ialah muncul satu karakter wanita bernama Elya yang tampil sebagai penasihat online KWSP
Sebaik sahaja anda menentukan jumlah amaun yang diinginkan, di bahagian bawah itu akan muncul Elya bagi menasihatkan pemohon untuk tidak mengeluarkan simpanan mereka dan memberikan anggaran berganda jika tidak mengeluarkan simpanan sehingga umur 55 tahun.
Paparan itu pastinya membuatkan ahli yang memohon i-Sinar KWSP berfikir panjang sebelum meneruskan langkah seterusnya.
Apa tidaknya, Elya bertindak seperti ingin mahu 'brainwash' ahli KWSP sebelum membuat keputusan yang betul sebelum bersetuju mengeluarkan amaun pilihan mereka.
Hasil tinjauan ruangan komen di Facebook pula, rata-rata netizen yang telah memohon i-Sinar memberikan respons yang melucukan sebaik karakter Elya itu muncul
Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen:
Mohonlah kalau anda dalam keadaan terdesak & memerlukan, jika tidak biarkan ianya kekal dalam simpanan itu untuk kegunaan hari tua nanti :)