seismik

[VIDEO] "BABI Menghina Melayu?" - Namewee Tampil Beri Penjelasan Mengenai Isu Poster Filem

Filem BABI itu difahamkan hanya ditayangkan di pawagam Taiwan sahaja.

Cover image via Namewee 黃明志 (Facebook)

Tular pada bulan lepas apabila Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap Namewee, berkenaan poster filem terbarunya yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum

Mohammad Azwan (tengah) selepas selesai membuat laporan polis pada bulan November lalu.

Image via Malaysiakini

Laporan polis itu dibuat Ahli Unit Penerangan Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan, Mohammad Azwan Azmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bersama lapan wakil pemuda PN Wilayah Persekutuan.

Mohammad Azwan berkata, laporan polis dibuat kerana poster filem bertajuk 'BABI' itu mengandungi perkataan 'Melayu Bodoh', 'India Keling' dan 'Cina Babi'.

“Walaupun belum lagi menonton filem tersebut tetapi sebagai seorang yang berkecimpung selama 14 tahun dalam industri hiburan dan media, saya faham apa yang cuba ditonjol olehnya.”

“Maka laporan saya berkenaan poster dahulu kerana ini secara jelas dan nyata adalah satu penghinaan dan provokasi terhadap orang Melayu,” katanya.

Susulan itu, Namewee tampil menjawab isu berkenaan dalam satu video yang dikongsinya di Facebook miliknya semalam

Menurut Namewee, dia dituduh menghina orang Melayu dan didakwa bersikap perkauman, namun Namewee membidas kenyataan berkenaan.

Katanya, jika dia bersikap racist pastinya dia tidak akan mengambil pelakon berbangsa Melayu dan lain-lain kaum serta tidak akan meletakkan sari kata bahasa Melayu dalam filemnya.

Tambahnya lagi, filem BABI itu tidak akan ditayangkan di Malaysia dan hanya ditayangkan di beberapa pawagam Taiwan sahaja.

Tonton video penuh penjelasan daripada Namewee berkenaan isu tersebut di bawah:

Tidak akan sama sekali memohon kepada Lapisan Penapisan Filem Malaysia (LPF) untuk menayangkan filem berkenaan

Hal ini kerana, ada segelintir ekstremis yang tidak tahu malu, suka menghasut dan sering menggunakan isu perkauman untuk mencapai tujuan politik mereka masing-masing.

Difahamkan, pihaknya tidak menerima wang untuk menghasilkan karya ini dan juga tidak mendapat sebarang keuntungan dengan tayangkan filem tersebut di festival filem antarabangsa.

Malah, filem tersebut juga sebenarnya mengisahkan tentang kejadian sebenar keganasan dan rusuhan kaum di sebuah sekolah menengah terletak di selatan Malaysia pada tahun 2000.

Sebagai rekod, filem BABI itu telah tercalon dalam empat festival filem antarabangsa, iaitu Open World Toronto Film Festival (kategori pengarah terbaik dan pelakon terbaik), Around International Film Festival Berlin (Best Feature Film), International Thai Film Festival 2020 dan Taipei Golden Horse Film Festival (Best Original Film Song).

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: