Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Polis Bawa Ibu Zayn Rayyan Ke Rumah Untuk Buat Lakonan Semula

Semoga dipermudahkan urusan mereka.

Cover image via Harian Metro Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dibawa ke kediaman mereka di Damansara Damai untuk melakonkan semula kejadian sebelum anaknya itu ditemui mati

Menurut laporan Harian Metro, suspek akan dibawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemukan iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman mereka.

Wartawan yang berada di lokasi mendapati suspek tiba kira-kira jam 10.15 pagi menaiki van putih menuju ke blok R di kediaman terbabit.

Anggota polis turut dilihat membawa patung kanak-kanak, namun belum pasti tujuan kegunaan patung berkenaan.

Image via Berita Harian

Terdahulu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan dilanjutkan sehingga 13 Jun ini

Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mereka ditahan di sekitar Puncak Alam, 31 Mei lalu.

Pada 7 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar 10 malam.

Mayat mangsa ditemukan oleh kumpulan penduduk, kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Image via The Star

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment