seismik

Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan Umum Tarik Diri - "Semoga Kes Ini Berjalan Lancar"

Hmm. Semoga kebenaran terungkai.

Cover image via Harian Metro & Utusan

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Peguam mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditahan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memaklumkan bahawa beliau tidak lagi mewakili mereka bermula hari ini

Image via Harapan Madani

Menurut laporan Harian Metro, Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co berkata, dirinya tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

"Saya berdoa supaya perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada.

"Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak supaya menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini demi kebaikan bersama," katanya.

Sebelum ini, Mahmud dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan itu ditahan polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam Jumaat lalu

Image via Harian Metro

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ibu bapa kanak-kanak terbabit direman seminggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya pada jam 9 malam 6 Disember 2023.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Sehari sebelum itu, polis mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 6.30 petang oleh keluarganya.

Terkini, datuk Zayn Rayyan dilaporkan sudah melantik peguam baharu bagi mewakili ibu bapa Zayn yang masih dalam tahanan reman

Menurut laporan Berita Harian, datuknya mengesahkan dia sudah melantik peguam baharu.

"Maaf ya... buat masa ini saya tidak boleh beri apa-apa kenyataan lagi atas nasihat peguam," 
katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: