Powerbank Dah Rosak? Ini 5 Pusat Kitar Semula Untuk Lupus Barang Elektronik Di Rumah Anda
Jangan buang macam tu je tau.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika anda mempunyai barangan elektronik yang sudah rosak di rumah seperti powerbank, oven, microwave dan sebagainya, jangan simpan atau buang begitu sahaja
Image via @puansurayaali (TikTok)
Pasti anda tahu mengenai insiden yang terjadi baru-baru ini tentang rumah pempengaruh gajet terbakar gara-gara powerbanknya meletup bukan?
Sebenarnya, terdapat tempat pelupusan barangan elektronik di sekitar Lembah Klang dan juga Selangor yang boleh anda pergi sekiranya tidak lagi menggunakannya.
Berikut di bawah merupakan lima pusat kitar semula barangan elektronik yang anda boleh pergi:
Image via Sifupowerbank
1. ERTH: Electronic Recycling Through Heroes (E-waste)
Image via ERTH
Alamat: Jalan Teknokrat 6 Ground Floor, G-3A, Kanvas Retail @ Prima 15, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu operasi: 10AM-10PM
2. Pusat Kitar Semula Pintar Seksyen U13 (MBSA)
Image via @puansurayaali (TikTok)
Alamat: Jalan Setia Indah U13/10 Seksyen U13, Setia Alam, 40170, Selangor
Waktu operasi: 9AM-5PM
3. Pusat Kitar Semula Komuniti Putrajaya
Image via Wan Othman
Alamat: Jalan P9b, Presint 9, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu operasi: 8.30AM-1PM & 2PM-5.30PM
4. TechWaste Recycling Malaysia
Image via TechWaste Recycling Malaysia
Alamat: G-G, 17, Jalan PP 28, Taman Pinggiran Putra, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu operasi: 10AM-6PM
5. Pusat Kitar Semula Tasik Serdang Ria
Image via Yahya Abdul Rahim
Alamat: Jalan Sri Serdang Selatan, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu operasi: 8AM-7PM
Haa, lepas ini kalau ada je barang-barang elektronik yang tak guna dekat rumah tu korang hantar terus pergi pusat kitar semula tau!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment