Pramugari Malaysia Airlines Dijumpai Mati Ketika Transit Di Tokyo
Norzana Hanim dijadualkan bekerja dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur hari ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Syarikat penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines) mengesahkan seorang pramugarinya meninggal dunia ketika sedang transit di Tokyo
Pramugari tersebut dikenali sebagai Norana Hanim Hamzah. Norzana sedang bertugas di Tokyo Narita dan dijadualkan untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Menurut sumber, syarikat penerbangan telah berhubung dengan keluarga Norzana dan memberi sokongan yang perlu.
"Doa kami bersama keluarga dan rakan-rakan Norzana," katanya.
Image via Norzana Hanim Hamzah (Facebook)
Mengikut laporan, punca kematian masih belum dipastikan namun ada komuniti krew yang mendakwa dia mungkin terjatuh ketika bersiap untuk penerbangan pulang.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment