Premis Dato Seri Vida Disita Lebih RM88K Oleh KPDN, Disyaki Guna Logo Halal Tak Sah
KPDN menyita premis kulit ikan salmon miliknya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Datuk Seri Vida dikhabarkan tentang serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ke atas premis perniagaan miliknya
KPDN bertindak menyita perniagaan kerepek kulit ikan salmon sehingga melibatkan sitaan berjumlah RM88,582.50.
Menurut sumber, DSV terpinga-pinga ketika diajukan soalan semasa dihubungi wartawan tentang penyitaan tersebut. Dia tidak tahu apa apa dan perkara itu berlaku sebaik saja bangun tidur dan pulang dari luar negara.
"Buat masa sekarang, saya kena ambil tahu apa yang terjadi. Saya kena baca dulu apa laporan media berhubung dakwaan yang awak maklumkan pada saya ini", katanya.
Image via @datoserivida (IG)
Premis perniagaan miliknya disyaki menggunakan logo halal yang tidak sah
Serbuan pasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Perak bermula pukul 11 pagi itu merupakan hasil maklumat awam berkaitan aktiviti memproses makanan di kawasan tersebut yang disyaki menggunakan logo halal yang tak sah.
Pengurus premis juga gagal mengemukakan perakauan halal apabila diminta KPDN.
"Saya sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa untuk disoal siasat. Takkan saya nak lari pula.
"Tapi sekarang saya tak tahu sangat tentang serbuan yang diadakan sebab ketika kejadian, saya tiada di situ" katanya.
Image via XTRA
Kes disiasat kerana melanggar Subperenggan 4 (1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 Akta Perihal Dagangan 2011 yang menjadi kesalahan di bawah Subperenggan 8 (a) perintah yang sama.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment