Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

10 Promosi Sempena Hari Kebangsaan Yang Boleh Ditebus Geng-Geng Kaki Makan

Ayuh semua, jangan lepaskan promosi-promosi ini!

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita tahu Hari Kebangsaan sudah hampir tiba!

Image via giphy.com

Berikut adalah 10 premis makanan dan minuman yang menawarkan promosi sempena Hari Kebangsaan:

1. myBurgerLab

myBurgerLab kembali lagi dengan Burger Nasi Lemak Ayam Rendang mereka yang terkenal. Mereka juga memperkenalkan Burger Nasi Lemak Kahwin baharu yang didatangkan dengan paha ayam goreng dan angus beef patty. Kedua-dua burger ini boleh didapatkan sehingga 30 September, sementara stok masih ada.

2. Burger King

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Burger King menawarkan hidangan soft serve dan sundae MILO baharu. Tawaran ini sah dari 16 Ogos hingga 16 September.

3. McDonald's

McDonald's menawarkan pelbagai promosi untuk pelbagai menu, bermula serendah RM5.

Premis makanan segera itu juga menawarkan diskaun lain:

– McChicken dengan harga RM9.95 (harga biasa ialah RM10.95)
– Enam ketul Chicken McNuggets dengan harga RM10.95 (harga biasa ialah RM12.10)
– Double Cheeseburger dengan harga RM11.95 (harga biasa ialah RM14.50)
– 20 ketul Chicken McNuggets dengan harga RM20

4. Auntie Anne's

Sempena Hari Kebangsaan yang ke-66 dan untuk meraikan perpaduan di negara ini, Auntie Anne's menawarkan enam perisa Happy Stix:

– Green Tea Stix
– Sour Cream and Onion Stix
– Coffee Stix
– Chocolate Mint Stix
– Cinnamon Sugar Stix
– Roselle Stix

Tawaran ini sah dari jam 11 pagi hingga 9 malam di semua cawangan, kecuali di Terminal 2 KLIA (dahulunya dikenali sebagai KLIA2).

5. FamilyMart

FamilyMart membawakan sofuto Choco Dinosaur dalam kon, cup dan pint, serta milkshake untuk pelanggannya pada hari kemerdekaan kali ini.

Ais krim dan milkshake juga dilengkapkan dengan serbuk coklat, sesuai untuk semua penggemar makanan manis!

6. J.Co

Selama tiga hari Ogos ini, anda boleh menikmati dua dozen donat J.Co pada harga promosi dengan hanya RM39 bersama minuman pilihan anda pada harga RM11.

Tawaran ini sah antara 28 Ogos dan 30 Ogos.

7. Dunkin'

Dunkin' menawarkan donat dan minuman berperisa unik mengikut citarasa Malaysia seperti Gula Melaka Latte dan Spiced Chai Teh Tarik.

Perisa donat pula ialah Ais Kacang, Apam Balik, Onde-Onde dan Kaya Butter. Anda juga boleh mendapatkan gabungan kedua-dua donat dan minuman jika anda ingin mencuba semuanya.

8. Kenny Rogers ROASTERS

Kenny Rogers ROASTERS telah bekerjasama dengan Lazada dan Grab Malaysia untuk membawakan beberapa tawaran pada Hari Kebangsaan ini.

Anda boleh mendapatkan Chicken Rice Solo dengan harga RM12 dan Quarter Chicken Rice dengan harga RM17 di Lazada. Anda juga boleh mendapatkan Kenny's Quarter Lite Meal pada harga RM23.10 jika anda membuat pesanan melalui Grab.

9. IKEA Swedish Restaurant

Image via IKEA Malaysia

Sempena Hari Kebangsaan, IKEA menawarkan promosi Eggless Bandung Cake pada harga RM8.90 dan Nasi Kerabu with Whole Chicken dengan harga RM16.90.

Tawaran ini boleh didapati di Swedish Restaurant IKEA sepanjang bulan Ogos.

10. Kedai Ayamas

Restoran Ayamas menawarkan diskaun 10% untuk makanan mereka antara 12 tengah hari dan 3 petang.

Tawaran sah dari sekarang hingga 17 September.

Banyak juga promosi sempena hari kebangsaan kali ni :p

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Banyak juga promosi sempena Hari Kebangsaan kali ini :p

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment