Putri Ariani Didakwa Sidai Media Hampir Dua Jam - "Acuh Tak Acuh & Tak Profesional"
Penyanyi Indonesia didakwa telah membuat media tempatan tertunggu-tunggu kehadirannya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penyanyi muda Indonesia, Putri Ariani disifatkan tidak profesional apabila enggan bertemu dengan media tempatan
Difahamkan, media tempatan mahu menyambung sesi temubual bersamanya selepas majlis sidang akhbar konsert Walkerworld Tour 2024.
Menurut laporan Harian Metro, pihak media hanya mendapat peluang untuk bertanyakan tiga soalan sahaja, Soalan itu juga dijawab secara ringkas oleh Putri Ariani.
Selepas dua jam menunggu, wakil penganjur memberitahu bahawa Putri Ariani enggan menghadirkan diri untuk sesi temubual.
Image via The Jakarta Post
Tindakan Putri Ariani itu dikatakan tidak profesional
"Mohon maaf, bapa Putri Ariani baharu maklumkan yang anaknya tidak akan turun (daripada bilik penginapan hotel) bertemu media untuk menyambung semula sesi temu bual yang tertangguh sebentar tadi.
"Maaf, kepada pihak media semua yang terpaksa menunggu hampir dua jam," katanya kepada Harian Metro.
Wakil penganjur berjanji kepada media untuk membawa kembali Putri Ariani bertemu media yang tertangguh berikutan konsert bersama Alan Walker itu bakal berlangsung pada 22 Jun depan.
Pihak media tempatan tidak berpuas hati kerana tindakan tidak profesional Putri Ariani itu dikatakan membuang masa.
Image via OHBULAN!
Ariani merupakan finalis American's Got Talent musim ke-18.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment