seismik

Hati-Hati Dengan Scammer Yang Menyamar Jadi Rakyat Palestin Minta Gift Di Live

Jangan tertipu guys!

Cover image via @pudynzayn (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum ketahui, Israel telah melancarkan serangan kepada rakyat-rakyat di Palestin di bumi Gaza

Ramai rakyat Palestin yang menderita akibat serangan dan tindakan genosid Israel. Mereka tiada tempat tinggal, bekalan air dan makanan yang mencukupi untuk kehidupan seharian.

Tidak dinafikan, majoriti rakyat Malaysia memihak kepada Palestin dan berbesar hati untuk menyumbang kepada mereka sehingga kini.

Walau bagaimanapun, kita disarankan untuk menyalurkan sumbangan dan sedekah kepada orang yang betul.

Baru-baru ini, tular sebuah video lelaki menyamar menjadi rakyat Palestin meminta sedekah.

Buat TikTok live untuk minta gift

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia sedang duduk berlatarbelakangkan khemah-khemah seperti mana rakyat Palestin tinggal.

Dia menunjukkan muka meraih simpati dan meminta gift melalui TikTok Live. Namun, rakyat Malaysia perasan sesuatu yang tak kena.

Video yang direpost lelaki tersebut ternyata penuh dengan kaum perempuan merata dunia. Ramai menasihati supaya jangan terpedaya dengan scammer itu.

Lihat video penuh itu di bawah:

Berdosa tipu orang dengan cara macam ni tau.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: