Gadis Kongsi Pengalaman Derita Hidap Penyakit Kanser Limfoma- "Kuatnya Dia"
Difahamkan, gadis itu menghidap kanser limfoma tahap 4.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam hidup ini, bukan semua yang kita lalui itu indah-indah belaka
Kadangkala, kita ditimpa ujian dan dugaan dalam hidup. Namun, perkara itu tidak menyebabkan kita berputus asa dengan begitu saja.
Sama dengan kisah yang tular di TikTok apabila seorang gadis berkongsi pengalaman deritanya menghidap penyakit kanser limfoma.
Kongsi pengalaman manis dan pahit sepanjang hidup
Gadis yang bernama Dila Afdhilla berkongsi pengalamannya melalui sebuah video yang dimuat naik di TikTok.
Sebelum dia menghidap penyakit kanser, hidupnya sangat ceria dan semuanya baik-baik saja. Dia menjalani kehidupannya seperti biasa.
Namun, Dila mendapati dirinya menghidap penyakit kanser limfoma. Apabila dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan, doktor mengesahkan kansernya berada di tahap kedua.
Setelah menerima macam-macam rawatan, dirinya tidak menunjukkan sebarang tanda positif. Malah, rambutnya gugur disebabkan rawatan kemoterapi.
Sampailah satu tahap, dirinya berpeluang untuk membuat stem cell transplant. Badannya menunjukkan tanda positif dan dia kembali pulih sedikit demi sedikit.
Menerusi video itu, banyak pengalaman pahit dan derita yang dikongsikan sehingga membuat ramai sebak. Walaubagaimanapun, ramai yang memberi sokongan dan semangat untuk dirinya atas keberanian dan ketabahannya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!