Isteri Cikgu Buang Hadiah Hari Guru Harga RM2 Pemberian Anak Murid - "Baik Diam Jelah Kak"
"Bawa balik dan longgok dekat rumah, kita yang pening" - Isteri.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dapat dilihat sambutan Hari Guru lepas sangat meriah di setiap sekolah untuk menghargai pengorbanan guru
Dalam pada itu, murid-murid juga teruja untuk memberi hadiah yang disediakan kepada guru-guru mereka sebagai tanda terima kasih.
Namun, baru-baru ini tular sebuah posting di Facebook tentang seorang wanita menegur isteri kepada seorang guru lelaki kerana komen dan kenyataannya yang dibuat.
Difahamkan, isteri guru itu menulis komen yang mengatakan dia tidak suka kalau suaminya menerima hadiah barang RM2.
Buang barang-barang murah yang diterima sebab pening tengok
Isteri kepada seorang guru lelaki itu meluahkan rasa tidak suka apabila suaminya menerima hadiah barang-barang seperti bingkai gambar (frame). Dia lebih suka menerima makanan yang boleh dimasak.
Perkara itu menimbulkan ketidakpuasan hati orang ramai kerana murid-murid membeli hadiah daripada duit hasil kerja keras ibu bapa mereka.
Sekurang-kurangnya, penerima perlu terima dengan hati terbuka. Kalau tak suka pun, tak perlu bagitahu di media sosial.
Susulan itu, salah seorang wanita menegur komen isteri kepada guru lelaki berkenaan
"Bayangkanlah, betapa susahnya orang mencari rezeki. Sampai bercatu-catu nak bagi hadiah. Mungkin tak kena dengan selera kita, tapi bersederhanalah. Jangan cerita-cerita pasal buang secara public. Fikir sikit kalau yang baca tu adalah orang seperti di komen ni." tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!